Assalamualakum wrb wbrth..

Pengalaman berharga.

Tuan, puan yang dikasihi sekalian, selepas saya menjalankan perawatan bekam, sejak 3 tahun yang lepas, saya telah berjaya mengeluarkan persepsi negatif sesetengah pesakit bahawa bekam adalah rawatan komplimentari biasa seperti rawatan-rawatan yang lain. Bahkan bekam adalah rawatan tradisional dan seumpama lapuk dimamah usia.  Persepsi negatif ini banyak berlegar dibenak kepala sebahagian pesakit yang baru mendapatkan rawatan Sunnah yang mulia ini. 

Namun selepas mereka diberikan info dan penjelasan bahawa bekam adalah perubatan agung dari Nabi SAW, maka mereka dapat menerima ini adalah daripada peninggalan hebat Rasulullah dan dapat menceritakan kepada sanak saudara dan teman-teman mereka.Kebaikan bekam insyaAllah akan tersebar dengan cepat dan baik sekali.



Sudah jauh dan tersimpang dari ajaran Islam apabila ramai yang tidak mengendahkan perubatan bekam ini. Kita sering diberitahu bahawa bekam  hanya untuk membuang angin, toksid dan kolestrol. Namun kita melupakan bahawa pengamalan dan pencinta kepada perubatan bekam dengan mereka mengamal, merawat, dan menyebarkan adalah juga sebagaian daripada dakwah untuk mendekatkan manusia kepada Allah, mendekatkan kepada agama Islam yang syumul, menjauhkan kepercayaan yang syirik dalam perubatan dan sebagainya.

Kenapa kita berubat?

Tuan puan sekalian, berubat adalah suatu tuntutan dalam agama Islam. Nabi menyebut, tidak ada penyakit yang Allah jadikan melainkan Allah jualah yang menurunkan penawarnya. Nescaya akidah dan kepercayaan orang Islam ialah, penyakit dari Allah dan Allah jualah yang menyembuhkan.Kasih dan sayang Allah kepada hambaNya, lalu diturunkan pelbagai sakit dan penyakit, dan maha rahmat dan kasihNya Allah, Dia menyuruh kita berikhtiar dan mencari penawar yang sudah Allah janjikan.

Maka tidak lain , tidak bukan Rasulullah SAW lah mahaguru dan doktor pertama dalam dunia Islam. Kerana apa? Kerana Allah telah menjanjikan bahawa setiap kata-kata yang terbit dari bibir Rasulullah adalah penawar buat manusia. Anda yakin bahawa semua kata-kata Nabi SAW adalah penawar? . 

Setiap orang yang beriman mestilah menerima inilah i'tikad dan keimanan yang jitu perlu ditanam dalam setiap hambaNya jika mahu mencari penawar dan kesembuhan.Perlunya kita merujuk kepada Rasulullah .

Oleh itu, jadikanlah Rasulullah sebagai rujukan dalam segala permasalahan kita, perubatan, pentadbiran manusia, ekonomi , pemerintahan negara , pengurusan, akhlah dan sebagainya. Nescaya kita akan terselamat, akidah terjaga, dan iman kita terpelihara dari sebarang unsur-unsur syirik kepada Allah.


Kembali kepada fitrah

Kita dijadikan dari sumber tanah, sumber asli , dari air dan kita juga akan kembali kepada tanah. Kita meyakini bahawa sekeliling kita adalah sumber kepada penyembuhan dan kesihatan kita. Air yang kita minum adalah fitrah untuk pelancaran sistem darah dan tubuh kita. Makanan , herba, madu dan sebagainya yang kita makan dari sumber alam sebagai ubatan terbaik dalam kehidupan harian . 

Kata-kata yang baik adalah sebagai penambah kepada cepatnya sembuh penyakit yang dialami. Solat dan doa yang berterusan adalah sumber kekuatan dalaman kita untuk mengikat kuat roh kita kepada Allah. Selawat dan dan salam kepada Rasulullah sebagai tanda dan kasihnya kepada penyelamat kita dunia dan akhirat. Perbanyakkan istighfar dan taubat atas dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan.


Dan akhirnya kita akan bertemu kepada suatu hakikat bahawa betapa rahmat dan kasihnya Allah SWT kepada kita dizahirkan dengan penyakit yang kita alami dan kesembuhan yang terbit setelah kita berusaha.

Semoga bermanfaat buat kita.

Salam hormat dari Ustaz Sabri Bekam
019 923 6645 @ 017 908 6425

* Gambar 2 bersama Haji Ramli Ahmad ( Pusat Latihan dan Rawatan Nurul Iman , Selangor ) , pakar bekam dan sebagai mursyid saya