Pusat Bekam Dungun masih dalam rangka membangunkan sistem merekod pelanggan secara dalam talian. Data ini boleh di update sendiri oleh pelanggan disamping mereka boleh melihat rekod rawatan yang terdahulu dengan mempunyai akaun dan password sendiri.

Program ini direka khas demi memajukan lagi industri perubatan Islam ini khususnya dalam perawatan bekam secara Islam.Kemajuan zaman seiring dengan kepesatan IT insya ALLAH membatu memantapkan perawatan sunnah.


Doakan kepada kami semoga program ini dapat dilaksanakan untuk kemudahan pelanggan baru dan yang lama di Pusat Bekam Dungun.

Sistem ini merangkumi

1- Data pelanggan
2-Rekod kesihatan
3-Rekod perawatan terdahulu dan sekarang
4-Temujanji terdahulu dan temujanji akan datang
5-Kemudahan print segala data melalaui online
6-Mengemaskini data secara online.



nantikan,,,,,
Pensyariatan Bekam dan Kesembuhan 
(kerta kerja dibentangkan dalam pra diploma Perhijam )

Mukadimah

Segala puja dan puji bagi Allah tuhan semesta alam, sebagaimana telah terakam dalam kitab suci Al-Quranul Karim, satu ayat yang telah disebut oleh baginda nabi Allah Ibrahim a.s. didalam firmannya yang berbunyi ;

Maksudnya : Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
Maha suci Allah yang telah menurunkan kepelbagaian penyakit untuk menguji hamba-hambanya mencari ilmu dan pengetahuan, kaedah penyembuhan untuk setiap penyakit yang diturunkan. Kaedah dan penyembuhan itu adalah hikmah yang banyak tersembunyi dalam ayat-ayat suci Al-Quran, juga hadis-hadis yang diriwayatkan oleh rasulul maksumin Muhammad صلى الله عليه وسلم. Ada yang jelas dan ada yang perlukan penelitian yang berat. 
Seterusnya Allah menguji keyakinan hamba-hambanya untuk beramal dengan ilmu yang telah dibekalkan dan  beristiqamah dengan perawatan itu. Meletakkan sepenuh pengharapan bahawa kesembuhan adalah dari Nya yang Maha Penyembuh.

Selawat dan salam buat junjungan Rasulul Amin AlHaasyi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Maha guru agung yang memiliki ilmu luar biasa dengan perantara yang mulia Jibril A.S. Mengetahui ilmu yang dulu dan akan datang umpama terakamnya sebuah video memori dan melihat yang akan datang bagai satu filem khayalan,  tapi itulah realiti yang kita hadap sekarang, benar dan tidak pernah tersilap pun satu kalam dari baginda صلى الله عليه وسلم tentang suasana yang akan datang. Selawat dan salam buat seluruh ahli keluarga baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia dan penuh pengorbanan, para sahabat radiallahu anhum ajmain yang sarat dengan kesetiaan dan keikhlasan, seterusnya para tabi’, tabi’ tabi’ien, salafussoleh, ulama’ pewaris kenabian hingga ke akhir zaman.


 Ilmu perawatan bekam adalah suatu ilmu kesihatan yang sangat berguna, peninggalan junjungan mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, padanya jaminan kesembuhan daripada Allah S.W.T .
Bekam sangat besar peranan dan kesannya kepada kesihatan manusia, lalu Nabi صلى الله عليه وسلم menggesa umatnya melakukan rawatan bekam. Nabi صلى الله عليه وسلم terbukti dalam banyak hadis pernah melakukan bekam sepanjang hayat baginda.  Faedah bekam dan manfaat yang banyak sebahagian diketahui dan masih banyak lagi yang belum diterokai oleh kajian manusia.
Oleh kerana kepentingan dan kemulian pada perubatan Nabi صلى الله عليه وسلم, maka baginda menjadikannya sebagai kaedah perubatan utama baginda, para malaikat Allah juga menyarankan kepada baginda صلى الله عليه وسلم supaya dianjurkan bekam ini kepada umat baginda.
Terbukti pada hari ini, kajian dan penelitian yang silih berganti dilakukan samada oleh orang Islam sendiri mahupun bukan Islam, telah  menemukan daripada kajian mereka  kesimpulan yang sama iaitu bekam bukan sahaja merawat (penyakit) bahkan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit moden yang tidak dapat diselesaikan oleh perubatan moden.

Akan tetapi, bukti-bukti dan kajian-kajian ini sengaja di tutup dan dihapuskan oleh manusia yang hasad dan dengki terhadap perubatan Nabi صلى الله عليه وسلم. Justeru, masakini kita sangat berhajat kepada adanya penulisan, tesis dan makalah ilmiah bagi menerang kembali kegemilangan dan kebaikan mukjizat perubatan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Disarankan supaya diwujudkan sebuah institusi pembelajaran secara tersusun dan teratur seperti yang telah di bagunkan oleh masyarakat Barat, mereka sangat terkehadapan dalam mengenengahkan bekam dalam masyarakat , seterusnya menghidupkan amalan sunnah yang mulia ini.


Sangat mendukacitakan kebanyakan negara-negara umat Islam  memandang remeh kehebatan kaedah perawatan bekam, apa yang  menyedihkan lagi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan perubatan Sunnah ini wujud dan menyembuhkan. 



Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan dakyah-dakyah kufur yang dibawakan oleh para orientalisme barat yang banyak menafikan kesahihan hadis-hadis berkaitan kaedah perawatan Nabi صلى الله عليه وسلم. 

Dalam perbincangan kita ini, akan dibentangkan beberapa hadis yang soheh dan muktabar dari sumber yang sihhah, yakni dari kitab sohih bukhari dan muslim, المختارات الصحة  dan sunan-sunan yang lain.

Sangat wajarlah kita sebagai muslim yang benar, berusaha mengangkat kembali kedudukan bekam di tempat yang tinggi, hari ini juga terbukti dalam pengkajian dan penelitian moden  bahawa perawatan bekam sangat berkesan dan tidak seharusnya diragui oleh seseorang yang mengaku Muslim. 

Hakikatnya,  jika sekiranya ilmu bekam ini bercanggah, kolot, mundur, tradisional dimata manusia, bagaimana pula kita boleh menolak hadis-hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang menyatakan dengan jelas point-point bekam yang di amalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Dan sekiranya bekam ini tiada kedudukannya, nescaya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  tidak akan mempraktikannya.

Semoga dengan kertas kerja ringkas ini akan memberikan pencerahan kepada pembaca mengenai ilmu bekam yang sangat mulia peninggalan dari semulia-mulia Nabi صلى الله عليه وسلم .
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada PERHIJAM kerana telah menunjukkan komitmen dan tekad untuk menyebarkan dan menaikkan taraf perawatan bekam kemartabat yang selayaknya.

Kepada Allah sahajalah penulis berserah dan bertawakkal, sedikit kajian daripada penulis dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang terlibat dalam mengamal dan menyebarkan perawatan bekam yang mulia ini.


Bismillahhirrahmanirrahim.....



Hari ini lambakan produk kesihatan dipasaran begitu ketara. Kaedah jualan langsung, SLM (single level marketing), MLM (multi level marketing) dan bermacam-macam cara lagi berlangsung dengan hangat di negara kita khususnya.

Begitu pun tahukah anda!!?... Sejarah penyakit yang telah begitu lama bertapak di dalam sel-sel darah anda sukar dipulihkan dengan kadar yang segera. Anda perlukan bantuan tambahan untuk menambahkan keaktifan tubuh badan anda untuk menerima rawatan dari makanan-makanan tambahan yang anda makan. 

Keasidan yang tinggi di dalam tubuh adalah di antara pembunuh senyap sel-sel darah yang beroksigen untuk bergerak ke seluruh tubuh anda, merawat kesakitan-kesakitan yang tersembunyi dan terzahir pada luaran fizikal tubuh. Tubuh badan anda akan melalui simptom-simptom keletihan yang melampaui sehingga akhirnya anda akan berhenti dan berputus asa dengan produk-produk yang anda makan.

Dan lebih malang, adakalanya anda terpaksa meng'tong sampahkan produk yang anda beli hampir ratusan malah mungkin mencapai ribuan ringgit. Namun anda tetap merasa hampa dan putus asa kerana kesan pengambilan produk  menjadi lebih beban kepada tubuh anda yang sedang dirawat.

Persoalannya, "Bagaimana dan apa yang perlu ANDA lakukan untuk selesaikan masalah ini"???.
Jawapan kami "JOM BEKAM". Bekam adalah satu proses rawatan anti oksidan aras tinggi, cepat, dan segera kesannya. Tahukah ANDA..Kaedah pengeluaran darah yang tidak beroksigen dari tubuh sangat merangsang pertumbuhan dan pengeluaran baru sel-sel darah merah yang sihat untuk dihantar ke tempat-tempat yang sakit di dalam tubuh untuk dirawat. Tubuh anda akan bekerja dengan baik dengan setiap suplement tambahan yang anda ambil dan kadar kesembuhan akan menjadi lebih cepat dan pantas dengan keizinan ALLAH azzawajalla.

Bekam adalah method sihat yang diamalkan oleh baginda Rasulullah sallalahu alaihi wasallam..Berusahalah untuk SIHAT kerana KESIHATAN itu KENIKMATAN untuk beribadah kepada ALLAH azzawajalla. Jangan bertangguh untuk sihat hubungi kami di PUSAT RAWATAN BEKAM DUNGUN>SMS @ WTSUP -019-9236645 lelaki/ 017-9086425 wanita..Kami menanti ANDA untuk membantu ANDA sihat dengan YAKIN!!!.

Disedikan oleh
Ustazah C Amirah
Perawat Wanita


Logo Rasmi  PUSAT BEKAM DUNGUN
Mulai di pakai pada 1.1.2015


DEFINISI LOGO


Hadis diatas Kubah
-Satu hadis Sohih yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud " Tidaklah Allah SWT itu menurunkan sesuatu penyakit, melainkan DIAlah juga yang menurunkan penawarnya ( ubat @ kesembuhan ) "

Warna Merah
-Merah adalah warna darah bersih yang mengalir di dalam tubuh badan manusia , selain dari warna merah asli itu , maka kandungan darah sudah tercemar dengan pelbagai penyakit.

Bulatan Merah
-Rawatan Bekam adalah suatu panduan yang di tinggalkan oleh Nabi SAW. Perawat dan pesakit mesti di dalam lingkungan syariat Islam yang betul,


Kubah Masjid Nabawi
-Mengingati bahawa Nabi SAW menunjukkan Hidayah didalam SUNNAH BERBEKAM.Dan Madinah adalah Negara Islam pertama yang mendaulatkan segala perintah Allah.Kembali mengenang kehebatan dan ketamadunan Islam lampau yang di asaskan dari Negara Madinah al Munawwarah.


Warna Hijau Kubah
-Melambangkan kesucian ajaran Islam yang terkandung didalamnya kesempurnaan segala cara hidup yang menyelamatkan manusia dunia dan akhirat

at Taqwa Asyifa , ar Rohmah
-Dibawah Pusat Bekam Dungun, itu adalah motto perawatan kami iaitu " KETAQWAAN , KESEMBUHAN DAN RAHMAT "



Semoga menjadi moto dan motivasi kepada kami menjalankan sunnah perawatan berbekam , sunnah agung peninggalan Nabi SAW. Allah Akbar..







MISI BANTUAN BANJIR 3.0

Pusat Bekam Dungun dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan , Yg Berbahagia Ust Asri b Daud mengalu-alukan sumbangan banjir untuk...

Bantuan Banjir untuk SET DAPUR DAN KEPE

RLUAN ASAS.

BANTUAN UNTUK 1 KELUARGA PAKEJ RM150.00

Update  14 Jan 2015 RM 5 000.00

Last terima sumbangan adalah 30 Jan 2015 ini sahaja.Akan disalurkan terus ke Pej . S.U Akhbar MB Kelantan  kelak pada tarikh yang akan di maklumkan

Maybank Muhamad Sabri 163082217053 - Khas Bantuan Banjir.

Pejabat klinik kami :

Pusat Bekam Dungun, No 8 Taman Gemilang Harmoni, Kg Batu 49, 23000 Dungun Terengganu.
 0199236645 Ust Sabri  0179086425 Ustazah Amirah

TARGET DAN KEJAYAAN KAMI , ALHAMDULILLAH...

Target RM 50K,  insya Allah dengan kerjasama pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Asri b Daud.

♻ Jumlah Kutipan Siri Kedua berjaya sebanyak RM 18 000.00 dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Terengganu.

♻ Jumlah Kutipan Siri Pertama berjaya di serahkan RM 10 448.00 dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan b Mohd Ramli

__________________
Sebarkan kepada sahabat dan teman2.


8 dan 9 Januari 2015 : Pusat Bekam Dungun telah berjaya membawa misi RM 18 K set dapur ke Kelantan. Terima kasih buat semua penderma semua yang menyumbang untuk menjayakan misi yang mulia ini. Saya Ust Sabri Yamin , isteri saya Ustazah Amirah Muda ,semua petugas kontijen Yayasan Amal Malaysia Dungun diketuai oleh Pok Zuber Salim dan Unit Amal Dungun dan Team Memboreng Air berjaya menyempurnakan tugasan kami dengan jayanya. Insha Allah kami pusat bekam dungun akan meneruskan lagi misi2 bantuan kemanusia banjir terdekat ini..

Berikut adalah beberapa kenyataan dari Yayasan Amal Malaysia Terengganu dan Dungun dan catatan peribadi ustaz Sabri sepanjang misi ini.


Kenyataan Yayasan Amal Malaysia , Cawangan Terengganu

OPERASI HELP KELANTAN 2.0 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) akan sekali lagi ke Kelantan hujung minggu ini (8 - 9 Januari 2015) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa #banjirkelantan

Kali ini YAMCT akan memfokuskan kepada 3 aktiviti utama dan sangat mendesak:

1. Program Boreng Air (Tube well) kepada 5 lokaliti strategik sekitar Kuala Krai, Kusial dan Gual Ipoh. Tenaga tambahan amat diperlukan bagi membantu melicinkan gerak kerja pemasangan Boreng Air ini. Pengarah Boreng Air ini adalah Hj Zuber Salim bersama dengan Team Pakar Boreng Air Paka, Dungun.

2. Penyerahan set lengkap dapur gas yang bernilai RM150/set. Setakat ini YAMCT dan Pusat Bekam Dungun melalui sumbangan orang ramai telah berjaya mendapatkan 120 set lengkap dapur gas berkenaan. Kami mengamalkan konsep door-to-door kerana tidak mahu menyusahkan wakil tempatan yang juga turut mengalami musibah banjir. Justeru tenaga relawan amat didambakan bagi melicinkan proses penghantaran door-to-door tersebut.

3. Program Dapur Rakyat yang sebelum ini telah dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia akan juga diteruskan di Kampung Kuala Nal. Team masakan yang akan diketuai oleh Cg Mohd Nawi dan bantuan dari Ameerah akan dikerahkan ke sana. YAMCT menganggarkan 500 mangsa banjir akan tersantun dengan penyediaan Dapur Rakyat ini.

Kami mempelawa para sukarelawan untuk turut meluangkan masa bersama dalam Operasi Help Kelantan 2.0 ini.

Sesiapa yang berminat menyertai atau turut menghulurkan bantuan sila hubungi Sdr Wan Mohd Ikhwan, Penyelaras Operasi Bantuan Banjir YAMCT di talian
011-10693390 atau email ikhwan@yamct.org.my.

"Amal kerana Allah"

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
0199563653
suhazeli@yamct.org.my
No Akaun Maybank Islamik: Amal Terengganu Dana Bencana bernombor 563064131947
6hb Januari 2015
#Pray4Malaysia #PrayForPantaiTimur #pray4kelantan #pray4terengganu#pray4pahang #banjirkelantan #Banjir2014

~~SHARE~~


Kenyataan Yayasan Amal Malaysia , Cawangan Terengganu, Kontijen Dungun

YAYASAN AMAL DUNGUN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA :-
YAM TERENGGANU
YAM DUNGUN,
SUKARELAWAN YAM,
PUSAT BEKAM DUNGUN,
GENG BANTING
GENG PADAT,
JAB. AMAL KG SURA,
POK PIN & VAN N. 28,
PONDOK SG.DURIAN,
ORANG PERSORANGAN,
DERMAWAN & LAIN-LAIN
DALAM MENJAYAKAN MISI AMAL BANJIR KELANTAN 2.0 KE JAJAHAN KUALA KRAI, SEMOGA USAHA, SUMBANGAN & PENGORBANAN KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH...
Zuber Salim
PENGARAH MISI 2.0

Catatan Ringkas Ustaz Sabri

hari pertama misi

Catatan ringkas bantuan ke Kuala Krai
Khamis
8.00 am. Bertolak dari Dungun melalui LPT
11.30 am. Berkumpul di Besut. Masjid at Taqwa. 50 set dapur di agihkan oleh YAM Negeri dan baki 70 set kami sendiri yg bawa ke Kuala Krai
1.00 pm. Solat zohor jamak , makan tengahhari yg di sponsor oleh Hj Sulaiman dan bertolak ke Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Sepanjang perjalanan hujan lebat.
3.00 pm. Sampai di Kuala Nal, air dah mulai melimpah naik. Hanya yg 4W sahaja yg boleh lalu. Rombongan muslimat terkandas dlm van, sebab van rendah.
3.00 pm. Mula mengagihkan bantuan. Diberi masa hanya 1 jam utk sampaikan. Bimbang air semakin naik.
4.30 pm . Kami keluar dari Kg Kuala Nal. Elakkan air terus naik. Menuju ke pondok sungai durian. Penginapan kami. Barang2 masih byk, drebar lori buat hal,,x nak ikut kami sehingga esokan. Kena turunkan semua barang di pondok.
7.00 pm . Makan malam dan kami rehat utk sambung baki bantuan esok ke kg ghuchil pulak.
Saya xlarat utk bantu gang2 memboreng. Tidor awal utk sambung agih bantuan keesokan hari

Jumaat

((Bersambung ))

































Dungun 5 Jan 2015 Isnin. Dalam suasana ketika semua tertumpu kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan lain-lain, Pusat Bekam Dungun menjalankan rawatan bekam seperti biasa. Ramai yang datang mendapatkan rawatan disamping menyalurkan juga sumbangan kepada mangsa banjir. Di sini, tabung kecemasan bantuan banjir dibuka sentiasa samada pada waktu pejabat atau bila-bila masa sahaja.

Operasi rawatan bekam kami lakukan mengikut standard dan prosedure yang telah di tetapkan oleh pihak-pihak yang berwajib, Pusat kami berdaftar dengan PERHIJAM ( Persatuan Bekam ) yang diiktiraf oleh ROS dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.SOP perawatan juga adalah seperti mana yang telah di tetapkan oleh USM Kubang kerian melalaui selian Prof Dr Abd Aziz as Safi yang bertepatan dengan standard KKM Malaysia.

Perkhidmatan khusus perawat wanita ,dengan Ustazah C Amirah adalah servis terbaik kami tawarkan buat pelanggan wanita disini. Wanita boleh mendapatkan khidmat rundingan kesihatan dan rawatan dengan beliau. Pelanggan usah risau kerana kami menitikberatkan syariat dan mejaga maruah pelanggan kami semua.

Pelanggan yang medapatkan rawatan disini usah risau dengan ciri-ciri rawatan, kerana kami mengamalkan rawatan yang bersih , selamat dan peralatan di matikumankan dengan streilizeer.








Masa operasi Pusat Bekam Dungun ialah

Di buka setiap hari kecuali JUMAAT

9.00 am hingga 12.30 tengah hari
2.30 ptg hingga  7.00 petang
9.30 malam hingga 11 malam

Temujanji 0199236645 atau 0179086425

Semua urusan adalah dengan temujanji ( bagi rawatan)
Adapun yang ingin mendapatkan produk seperti

Air Gau
Minyak Zaitun
Cuka Teen

Boleh mendapatkannya mengikut masa pejabat kami.


Terima kasih kepada semua yang berurusan dengan Pusat Bekam Dungun. Kami menawarkan perkhidmatan yang sedaya upaya kami dan insyaALLAH yang terbaik sahaja untuk pelanggan kami.



 


Misi Bantuan Banjir ( Siri Kedua )



Pusat Bekam Dungun meneruskan lagi kutipan sumbangan derma, fokus kami siri kedua adalah:

💸 WANG TUNAI SAHAJA 🚸
(Digunakan untuk membeli Dapur Sett.)
Dianggarkan satu keluarga 1 set dapur (dapur,periuk dan tong gas) RM150.00
Kami memerlukan 100 set utk peringkat ini.Berjumlah keseluruhan RM 15 000.00.
Fokus sumbangan ke Kelantan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia , cawangan Terengganu.

📌 Akaun Maybank Muhamad Sabri 163082217053. (dikosongkan utk derma banjir ).

Update terkini, 5 Jan 2014, 6 am
Jumlah set dapur yang telah berjaya dikumpulkan ialah 75 set, alhamdulillah.
Kami memerlukan 25 set sahaja lagi untuk menjayakan misi 100 set dapur.

Pejabat:
Pusat Bekam Dungun,NO 8 Taman Gemilang Harmoni, Kg Batu 49, 23000 Dungun Terengganu.
Bersebelahan RJ Restoren dan Klinik Fatihah Dungun.
Kerjasama anda sangatlah di hargai. Terima kasih.
Terus  0199236645 Ust Sabri  0179086425 Ustazah Amirah utk keterangan lanjut.
Jumlah Kutipan Siri Pertama berjaya di serahkan RM 10 448.00. Alhamdulillah.
__________________
Sebarkan kepada sahabat dan teman2.