UNISEL , Shah Alam :28 March 2015 SABTU    Satu seminar Bekam berjaya di anjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia yang menarik penyertaan lebih daripada 100 peserta dari seluruh negara terutamanya kalangan Ahli Persatuan
.
Saya diberikan peluang oleh PERHIJAM untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Bekam : Pensyariatan dan Kaedah Hafny dalam seminar yang bermula jam 8,30 AM  dan berakhir sekitar jam 2.00 PM.






Sesi kedua dibentangkan oleh Prof Dr Abd Aziz as Safi dari USM Kubang Kerian. Beliau membentangkan tajuk Kajian Kes :Bekam Merawat Kencing Manis.

Alhamdulillah seminar seumpama ini akan terus di anjurkan lagi dari masa ke semasa untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada awam khususnya memperkenalkan Bekam kepada masyarakat. 
Ahli persatuan PERHIJAM diseru supaya mempertingkatkan perawatan dan ilmu untuk mengembalikan BEKAM suatu SUNNAH pada tempat yang tinggi. Insya ALLAH.

















Facebook : https://www.facebook.com/ustazsabribekam

Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/pusatbekamdungun
Rujukan kami: PERHIJAM MES AGUNG TAHUNAN (10) Tarikh; 15/03/2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERHIJAM KE 3
Kepada semua Ahli Perhijam yang di hormati,
Adalah dimaklumkan bahawa PERHIJAM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga pada 28hb Mac 2015 mulai jam 2.00 petang bertempat di Dewan Juliah LT2 UNISEL Kampus Shah Alam Sek 7 Shah Alam Selangor.

Sehubungan itu tuan-tuan/puan-puan adalah di jemput hadir.

AGENDA :
1. Ucapan Aluan Presiden
2. Melantik Pengerusi mesyuarat
3. Melantik Pencatet Minit Mesyuarat
4. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kedua
5. Membentang dan menerima Lapuran Jawatankuasa mengenai kegiatan dan aktiviti tahun 2013 dan 2014
6. Membentang dan menerima Lapuran Penyata Kewangan Perhijam berakhir 31/12/2013 dan 31/12/2014
7. Pembentangan usul dari ahli jawatan kuasa dan dari ahli-ahli.
8. Lain-lain hal
9. Ucapan Penangguhan

Zahaludin bin Ibrahim
Setiausaha

Makna bekam dari segi bahasa.

((الحجـــامة)) adalah bahasa Arab klasik /kuno yang terdapat didalam kamus-kamus mereka, juga dikenali perubatan tradisi masyarakat Arab, Yunani, China lama dan Babylon.

Menurut Ibn Manzur  ( 606 H) حجــام ada sesuatu yang diletakkan pada mulut binatang ternakan atau untuk mengekangnya ( seperti kekang kuda).

Menurut Ibnu Sayyidah  (458 H) , maksud bekam ialah menahan daripada sesuatu , boleh dikatakan menahan pada rambut seseorang itu apabila dibekam ( diikat /disimpul ).
Menurut Al Harby  ( 275 H) , sebaik-baik perubatan lama ialah berbekam ( perbuatan tukang bekam )- dikenali sekarang jurubekam @ istilah modennya doctor bekam .
Menurut Ibn Manzur lagi , perbuatan meminta untuk dibekam , sekiranya sesorang mohon dibekam, maka dibekam akan badannya , maka bekam adalah untuk mengeluarkan darahnya, asal (( الحجم)) ialah bermaksud (( المص)) iaitu mengisap .


Istilah perubatan Islam pula ialah;

 (( Mengeluarkan darah daripada permukaan kulit dengan sedikit torehan / tusukan benda tajam dan menghisapnya /menyedutnya )). 

Ibn Qayyim AL Jauziah ( 751 H)  menyatakan “ Hijamah ialah mengeluarkan darah daripada permukaan kulit”  .


Menurut Dr Abdul Azez al Naser dan Dr Ali al Tuwaijiri   “ Bekam ialah dengan tusukan atau torehan pada kulit dengan pisau atau jarum, dilekapkan alat pembekaman dan juga tisu ( didalam cawan bekam) dan membiarkan terpat itu( yang ditoreh) dan disedu dengan kuat” .

Menurut sebahagian pendapat ulamak Islam , “Hijamah adalah diambil daripada perbuatan ( الحجم) , bekam atau menyedut , disebut telah bekam budak akan susu ibunya, iaitu bekam ( susu ibunya) maka hijamah ( حجــامة ) adalah maksud daripada perbuatan dan peralatan yang digunakan untuk menyedut  darah daripada tusukan pada kulit ”. Imam al Zarqani   pula menyebutkan “  Bekam tidak tertentu kepada point (نقرة القفا) sahaja , bahkan dibekam seluruh tubuh badan manusia” .


Pensyariatan bekam

Seorang Muslim itu hidupnya mestilah dibawah naungan cahaya Islam yang syumul, terkandung didalamnya hukum halal dan haram, suruhan dan tegahan kerana semua perbuatan Muslim dikira ibadah disisi Allah sekiranya bertepatan dengan syarak. Hanya mencari  keredhaan Allah dalam hidupnya. Keredhaan Allah hanya ada didalam hukum syaraknya sahaja, iaitu melalui lidah junjungan mulia Nabi S sallallahu alaihi wasallam..
Inilah pegangan akidah yang kukuh yang wajib dipegang oleh setiap Muslim kerana kepatuhan kepada suruhan dan meninggalkan larangan  Allah adalah kunci kepada keredhaanNya. Suruhan dan larangan daripada Nabi S.A.W adalah syariat dan pensyariatannya telah direkodkan dalam kitab-kitab Sahih Bukhari dan Muslim dan juga kitab-kitab hadis yang lain.

Disini penulis akan mencatatkan beberapa penghujjahan yang bersumberkan daripada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan pendapat-pendapat para ilmuan Islam terhadap pensyariatan bekam ini. Penghujahan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan terhadap kemurnian syariat bekam dan menolak golongan yang berpendapat bahawa bekam bukan sebahagian dari syarak.

*Sedutan dari Kertas Kerja Pensyariatan Bekam dan kesembuhan.