25 April 2015. Mayang Sari Resort Dungun . Kursus Bekam Lanjutan anjuran Pusat Bekam Dungun dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia PERHIJAM berjaya diadakan dengan kehadiran lebih daripada 30 peserta daripada seluruh negara, termasuk negara jiran Singapura dan juga peserta dari negeri Sabah. Peserta Johor dan Kuala Lumpur, juga peserta dari Negeri Kelantan.

Kursus yang julung-julung kali di anjurkan ini adalah mengumpulkan perawat bekam di seluruh negara dan diperkemaskan ilmu perawatan bekam. Peserta di dedahkan dengan Kaedah Hafny iaitu kaedah bekam yang telah di gunapakai di kebanyakan negara Timur Tengah dan Eropah.

Kursus bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 6 petang ini , sebahagian peserta menginap di Mayang Sari dan ramainya datang pada hari kursus.

3 penceramah yang mengisi slot dalam kursus ini, Ustaz Sabri selaku pembentang syariat bekam dan kaedah hafny, Ustaz Kamarul Bekamkini selaku penceramah slot bekam api dan Dr Abd Halim selaku Presiden Perhijam dalam slot SOP Klinikal Perhijam.

Penganjur juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengikuti kursus ini dari awal hingga akhir khursus.

Kursus ini insya Allah boleh dianjurkan bersama dengan sesiapa sahaja ( khususnya pengajuran bersama PERHIJAM )yang ingin menambahkan lagi ilmu perawatan bekam , khusus kaedah hafny dalam merawat lebih 110 penyakit moden. Semoga  peserta dapat memanfaatkan BUKU MANUAL 110 POINT PENYAKIT MODEN didalam merawat penyakit yang timbul di kalangan pesakit mereka,




Tentatif Program
Sabtu 25 April 2015 .
8.00 -9.00 AM : Pendaftaran
9.00-10.30 AM :Slot 1     : Pensyariatan Bekam oleh Ust Sabri
10.30-11.00 AM : Rehat , minum pagi
11.00-12.30 AM : Slot 2   : Pengenalan Kaedah Hafny : Ust Sabri
12.30-1.00 PM: Slot 3      Bekam Kaedah Api ust Kamarul Bekamkini
1.00 -2.00 PM : Rehat, solat dan makan tengahari
2.00-3.30 PM : Slot 4         110 point kitab SY Hafny. Ust Sabri 
3.30-5.00 PM : Slot 5       SOP KLINIKAL PERHIJAM Dr Halim
5.00 - 5.30 PM : Penyampaian Sijil dan Bergambar























3 Sahabat seperjuangan dari Johor







Peserta negara Singapura , Saudara Hazali....tahniah


























1.Digelarkan sebagai  شيخ الحجامين  .Syeikh Ahmad Mohamed Hafny Al Masry, syeikh kepada jurubekam-jurubekam.
2.Beliau telah menggerakkan gerakan menyebarkan perubatan al hijamah dengan menganjurkan seminar, kuliah dan ceramah. Sehinggalah terkenal kaedahnya dinamakan Sekolah el Hafny .
3.Pengamal dan penggiat bekam serata dunia melalui kaedah Hafny ini mencecah lebih daripada 75 000 jurubekam seluruh dunia.

Lahir di kota Kaherah tahun 1955
Orang yang pertama menyebarkan Sunnah Hijamah di sekitar Negara Arab
Ijazah pertama daripada Universiti Ain Syam, Kuliah Tarbiah Fakuliti Kejuruteraan Kimia



Berhijrah ke Jerman dan menetap di sana 10 tahun, bekerja sebagai guru di Markaz Islami di Jerman
Di Jerman beliau menekuni dan mendalami ilmu perubatan alternatif



Beliau orang yang pertama mendirikan pusat latihan perubatan alternative di Mesir
Beliau adalah orang arab pertama yang menyusun silibus dan manhaj pembelajaran bekam dengan kaedah yang mudah di fahami


Beliau terus giat menyebarkan perubatan hijamah keserata dunia arab, Syiria, Jordan, Saudi , UAE , Oman dan lain-lain.
Beliau telah mengarang banyak kitab, ensiklopedia yang berkait dengan perubatan bekam
Beliau giat menyebarkan bekam kepada seluruh dunia, samada timur dan barat

Pada peringkat permulaan, beliau telah menggariskan point-point bekam daripada petunjuk hadis Nabi S.A.W, dan ketika di Jerman beliau telah menomborkan titik bekam kepada 55 point  
Selepas kajian bersama pakar-pakar perubatan daripada Jepun, Australia  sekitar tahun 1995 point telah bertambah kepada lebih 100 titik.