Oleh : Ustaz Muhamad Sabri b Yamin
Perawat Bekam Bertauliah

PENGENALAN

Bekam merupakan suatu kaedah perawatan yang semakin diminati oleh masyarakat hari ini. Manusia diterjah dengan pelbagai jenis penyakit yang menghantui jiwa dan perasaan . Penyakit ini bertali arus melanda sehinggakan hospital dan pusat kesihatan dipenuhi dengan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan

Keinginan untuk sihat merupakan suatu fitrah dan naluri semua manusia. Ingin sihat dan segar ini membuatkan manusia bertungkus lumus mendapatkan apa-apa jenis produk dan servis kesihatan.

Sebagai umat Islam, Allah anugerahkan kepada kita dengan satu kaedah perubatan yang begitu maha hebat dan istimewa.Hadiah adalah hadiah daripada Allah kepada Nabi SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Anas b Malik pernah berkata:
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.” Sabda Nabi SAW lagi,

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

Kesembuhan itu berada pada tiga minum madu, torehan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay.”

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
Sesungguhnya kaedah peubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

APA ITU BEKAM

Bekam adalah kaedah perubatan alternatif masa kini yang semakin menjadi pilihan ramai. Bekam bermaksud mengeluarkan darah yang bersifat kotor , beracun dan bertoksid tinggi melalui permukaan kulit (epidermis & dermis) dengan melakukan torehan jarum lancet . Kemudian menyedutnya dengan menggunakan alatan bekam moden berpandukan disiplin perubatan yang ketat .

Bekam adalah nature (semulajadi) kerana ia tidak menggunakan bahan kimia bahkan amat selamat serta sesuai untuk semua peringkat umur .

Sesiapa yang berbekam, inshaAllah akan menemui kessembuhan Ilahi .

0 comments:

Post a Comment