TESTIMONI PELAJAR BEKAM KELAS ASAS BEKAM DAN KEUSAHAWANAN BEKAM SIRI 1



Tahniah Doktor Salsabila !
Pelajar bekam saya ini ialah bernama Dr Salsabila binti Zainal Abidin, Serikandi Solehah . Beliau berasal dari Paka Dungun, pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan ( doktor) di sebuah hospital kerajaan bahagian pesakit psikiatri, dan beliau telah berkhidmat lebih dari 5 tahun di hospital kerajaan
.
Tahun lepas beliau telah membuat keputusan drastik , iaitu resign dari hospital kerajaan . Walaubagaimanapun masih lagi memberi khidmat rawatan di beberapa klinik swasta secara "lokum" ( doktor jemputan). Suaminya masih lagi berkhidmat sebagai pegawai perubatan( Doktor) di Hospital Kemaman bahagian surgery ( pembedahan). Saya teruja dan kagum kerana suaminya juga sangat positif terhadap bekam dan mendorong isterinya untuk hadir belajar bekam di @Akademi Bekam Dungun ini.
.
Background keluarganya sangat positif dengan dunia bekam dan rawatan alternatif. Ibunya membuka pusat bekam di rumahnya, abang sulungnya Saudara Imam Huzaifah ,imam di Masjid Hadhari juga buat rawatan bekam, kakaknya juga sebagai perawat bekam . Latarbelakang keluarga yang sudah biasa dengan bekam membantu beliau untuk datang dan mendalami ilmu bekam. Alhamdulillah.
.
Semalam hadir di dalam kursus asas bekam bersama saya di Akademi Bekam Dungun Resources sepanjang hari dari jam 8.30 pagi sehingga habis jam 6.30 petang.
Semalam kita ada 3 modul teras, modul kali ini adalah modul pertama UPGRADE selepas modul ini di gunakan sejak 2014 lagi.
1- Sesi Teori Bekam,
2- Sesi Praktikal dan soal jawab bekam,
3- Bagaimana Nak Jadi Usahawan Bekam yang Berjaya. ( Modul terbaru di Akademi Bekam)
.
Yang menariknya, beliau mempunyai kesedaran yang sangat positif, beliau ingin bersama-sama menaikkan rawatan alternatif , rawatan sunnah berbekam. Pada pendapatnya ialah bekam dan perubatan moden sama sahaja matlamatnya , mencari solusi rawatan penyakit yang di hadapi pesakit kita.
.
Saya rasa ramai para doktor samada doktor biasa , bahkan doktor pakar yang mempunyai kefahaman yang baik dengan rawatan bekam. Alhamdulillah.
.
Cuma perbezaan itu , kata Dr Salsabila ialah bidang rawatan bekam lebih kepada rawatan alami , rawatan bersifat tidak menggunakan bahan kimia, rawatan sunnah yang sememangnya di yakini mampu memberikan solusi terbaik untuk pesakit kita.
.
Alhamdulillah, Saya berkongsi ilmu bekam , sejarah, pengenalan bekam, hadis hadis bekam , point bekam, pantang larang bekam, teknik bekam yang betul , peralatan yang di gunakan, cara-cara nak memulakan rawatan . Pada sesi praktikal pula , secara langsung praktikal bersama isteri saya Ustazah Che Amirah Che Muda . ( Praktikal asing asing lelaki dan perempuan di bilik berbeza )
.
Saya juga berkongsi teknik-teknik bagaimana nak memulakan perniagaan bekam, cabaran dan peluang yang ada di hadapan kita dan dan sebenarnya bekam mampu berjaya serta menjana pendapatan yang memuaskan.
.
Dalam kelas ,saya tunjukkan secara data, rasional, susunan dan bagaimana perniagaan dan keusahawanan bekam ini boleh bergerak lebih maju kehadapan.
.
Beliau masih mempunyai cita cita untuk membuka klinik rawatanya sendiri. Insyaallah, niatnya yang baik ingin membantu orang lain, akan di mudahkan oleh Allah, semoga impian beliau memiliki sebuah kliniknya sendiri akan di makbulkan oleh Allah SWT. Aamin.
.
Anda diluar sana, boleh dengar video saya sempat rakam komentar Dr Salsabila selepas kelas tamat jam 6.30 petang. Saya berharap , anda sebagai apa pun, penganggur, suri rumah , bujang, pekerja spa, peminat sunnah bekam dan sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar bekam , bukan sahaja dapat ilmu bekam , tetapi dapat juga ilmu macam mana nak kembangkan bisnes bekam.
.
Bagi yang nak menyertai kelas bekam dan keusahawanan bekam saya yang seterusnya, boleh klik wassap saya.
.
Kelas bekam dan keusahawanan bekam seterusnya ialah pada
16 September 2020( Hari Malaysia ) - Cuti Umum
Tekan wassap saya untuk mendapatkan tempat di dalam kelas kami.
.
KELAS SETERUSNYA IALAH PADA
16 SEPT 2020/RABU/CUTI HARI MALAYSIA
WASAAP SEGERA.


https://www.facebook.com/pusatbekamdungun/posts/3295842383837798

0 comments:

Post a Comment