Kursus Bekam Lanjutan siri 1 berjaya dihadiri lebih 30 peserta.

25 April 2015. Mayang Sari Resort Dungun . Kursus Bekam Lanjutan anjuran Pusat Bekam Dungun dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia PERHIJAM berjaya diadakan dengan kehadiran lebih daripada 30 peserta daripada seluruh negara, termasuk negara jiran Singapura dan juga peserta dari negeri Sabah. Peserta Johor dan Kuala Lumpur, juga peserta dari Negeri Kelantan.

Kursus yang julung-julung kali di anjurkan ini adalah mengumpulkan perawat bekam di seluruh negara dan diperkemaskan ilmu perawatan bekam. Peserta di dedahkan dengan Kaedah Hafny iaitu kaedah bekam yang telah di gunapakai di kebanyakan negara Timur Tengah dan Eropah.

Kursus bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 6 petang ini , sebahagian peserta menginap di Mayang Sari dan ramainya datang pada hari kursus.

3 penceramah yang mengisi slot dalam kursus ini, Ustaz Sabri selaku pembentang syariat bekam dan kaedah hafny, Ustaz Kamarul Bekamkini selaku penceramah slot bekam api dan Dr Abd Halim selaku Presiden Perhijam dalam slot SOP Klinikal Perhijam.

Penganjur juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengikuti kursus ini dari awal hingga akhir khursus.

Kursus ini insya Allah boleh dianjurkan bersama dengan sesiapa sahaja ( khususnya pengajuran bersama PERHIJAM )yang ingin menambahkan lagi ilmu perawatan bekam , khusus kaedah hafny dalam merawat lebih 110 penyakit moden. Semoga  peserta dapat memanfaatkan BUKU MANUAL 110 POINT PENYAKIT MODEN didalam merawat penyakit yang timbul di kalangan pesakit mereka,




Tentatif Program
Sabtu 25 April 2015 .
8.00 -9.00 AM : Pendaftaran
9.00-10.30 AM :Slot 1     : Pensyariatan Bekam oleh Ust Sabri
10.30-11.00 AM : Rehat , minum pagi
11.00-12.30 AM : Slot 2   : Pengenalan Kaedah Hafny : Ust Sabri
12.30-1.00 PM: Slot 3      Bekam Kaedah Api ust Kamarul Bekamkini
1.00 -2.00 PM : Rehat, solat dan makan tengahari
2.00-3.30 PM : Slot 4         110 point kitab SY Hafny. Ust Sabri 
3.30-5.00 PM : Slot 5       SOP KLINIKAL PERHIJAM Dr Halim
5.00 - 5.30 PM : Penyampaian Sijil dan Bergambar























3 Sahabat seperjuangan dari Johor







Peserta negara Singapura , Saudara Hazali....tahniah
























0 comments:

Post a Comment