Showing posts with label Pendaftaran Online. Show all posts
Showing posts with label Pendaftaran Online. Show all posts
Rujukan kami: PERHIJAM MES AGUNG TAHUNAN (10) Tarikh; 15/03/2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERHIJAM KE 3
Kepada semua Ahli Perhijam yang di hormati,
Adalah dimaklumkan bahawa PERHIJAM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga pada 28hb Mac 2015 mulai jam 2.00 petang bertempat di Dewan Juliah LT2 UNISEL Kampus Shah Alam Sek 7 Shah Alam Selangor.

Sehubungan itu tuan-tuan/puan-puan adalah di jemput hadir.

AGENDA :
1. Ucapan Aluan Presiden
2. Melantik Pengerusi mesyuarat
3. Melantik Pencatet Minit Mesyuarat
4. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kedua
5. Membentang dan menerima Lapuran Jawatankuasa mengenai kegiatan dan aktiviti tahun 2013 dan 2014
6. Membentang dan menerima Lapuran Penyata Kewangan Perhijam berakhir 31/12/2013 dan 31/12/2014
7. Pembentangan usul dari ahli jawatan kuasa dan dari ahli-ahli.
8. Lain-lain hal
9. Ucapan Penangguhan

Zahaludin bin Ibrahim
Setiausaha


Pusat Bekam Dungun masih dalam rangka membangunkan sistem merekod pelanggan secara dalam talian. Data ini boleh di update sendiri oleh pelanggan disamping mereka boleh melihat rekod rawatan yang terdahulu dengan mempunyai akaun dan password sendiri.

Program ini direka khas demi memajukan lagi industri perubatan Islam ini khususnya dalam perawatan bekam secara Islam.Kemajuan zaman seiring dengan kepesatan IT insya ALLAH membatu memantapkan perawatan sunnah.


Doakan kepada kami semoga program ini dapat dilaksanakan untuk kemudahan pelanggan baru dan yang lama di Pusat Bekam Dungun.

Sistem ini merangkumi

1- Data pelanggan
2-Rekod kesihatan
3-Rekod perawatan terdahulu dan sekarang
4-Temujanji terdahulu dan temujanji akan datang
5-Kemudahan print segala data melalaui online
6-Mengemaskini data secara online.



nantikan,,,,,