Showing posts with label artikel bekam. Show all posts
Showing posts with label artikel bekam. Show all posts

 TESTIMONI POSITIF BEKAM!

.
Di dalam sunnah berbekam , insyaa Allah ada kesembuhan .
.
Anda belum cuba bekam lagi? Wassap saya sekarang
.
Makna bekam dari segi bahasa.

((الحجـــامة)) adalah bahasa Arab klasik /kuno yang terdapat didalam kamus-kamus mereka, juga dikenali perubatan tradisi masyarakat Arab, Yunani, China lama dan Babylon.

Menurut Ibn Manzur  ( 606 H) حجــام ada sesuatu yang diletakkan pada mulut binatang ternakan atau untuk mengekangnya ( seperti kekang kuda).

Menurut Ibnu Sayyidah  (458 H) , maksud bekam ialah menahan daripada sesuatu , boleh dikatakan menahan pada rambut seseorang itu apabila dibekam ( diikat /disimpul ).
Menurut Al Harby  ( 275 H) , sebaik-baik perubatan lama ialah berbekam ( perbuatan tukang bekam )- dikenali sekarang jurubekam @ istilah modennya doctor bekam .
Menurut Ibn Manzur lagi , perbuatan meminta untuk dibekam , sekiranya sesorang mohon dibekam, maka dibekam akan badannya , maka bekam adalah untuk mengeluarkan darahnya, asal (( الحجم)) ialah bermaksud (( المص)) iaitu mengisap .


Istilah perubatan Islam pula ialah;

 (( Mengeluarkan darah daripada permukaan kulit dengan sedikit torehan / tusukan benda tajam dan menghisapnya /menyedutnya )). 

Ibn Qayyim AL Jauziah ( 751 H)  menyatakan “ Hijamah ialah mengeluarkan darah daripada permukaan kulit”  .


Menurut Dr Abdul Azez al Naser dan Dr Ali al Tuwaijiri   “ Bekam ialah dengan tusukan atau torehan pada kulit dengan pisau atau jarum, dilekapkan alat pembekaman dan juga tisu ( didalam cawan bekam) dan membiarkan terpat itu( yang ditoreh) dan disedu dengan kuat” .

Menurut sebahagian pendapat ulamak Islam , “Hijamah adalah diambil daripada perbuatan ( الحجم) , bekam atau menyedut , disebut telah bekam budak akan susu ibunya, iaitu bekam ( susu ibunya) maka hijamah ( حجــامة ) adalah maksud daripada perbuatan dan peralatan yang digunakan untuk menyedut  darah daripada tusukan pada kulit ”. Imam al Zarqani   pula menyebutkan “  Bekam tidak tertentu kepada point (نقرة القفا) sahaja , bahkan dibekam seluruh tubuh badan manusia” .


Pensyariatan bekam

Seorang Muslim itu hidupnya mestilah dibawah naungan cahaya Islam yang syumul, terkandung didalamnya hukum halal dan haram, suruhan dan tegahan kerana semua perbuatan Muslim dikira ibadah disisi Allah sekiranya bertepatan dengan syarak. Hanya mencari  keredhaan Allah dalam hidupnya. Keredhaan Allah hanya ada didalam hukum syaraknya sahaja, iaitu melalui lidah junjungan mulia Nabi S sallallahu alaihi wasallam..
Inilah pegangan akidah yang kukuh yang wajib dipegang oleh setiap Muslim kerana kepatuhan kepada suruhan dan meninggalkan larangan  Allah adalah kunci kepada keredhaanNya. Suruhan dan larangan daripada Nabi S.A.W adalah syariat dan pensyariatannya telah direkodkan dalam kitab-kitab Sahih Bukhari dan Muslim dan juga kitab-kitab hadis yang lain.

Disini penulis akan mencatatkan beberapa penghujjahan yang bersumberkan daripada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan pendapat-pendapat para ilmuan Islam terhadap pensyariatan bekam ini. Penghujahan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan terhadap kemurnian syariat bekam dan menolak golongan yang berpendapat bahawa bekam bukan sebahagian dari syarak.

*Sedutan dari Kertas Kerja Pensyariatan Bekam dan kesembuhan.










Pensyariatan Bekam dan Kesembuhan 
(kerta kerja dibentangkan dalam pra diploma Perhijam )

Mukadimah

Segala puja dan puji bagi Allah tuhan semesta alam, sebagaimana telah terakam dalam kitab suci Al-Quranul Karim, satu ayat yang telah disebut oleh baginda nabi Allah Ibrahim a.s. didalam firmannya yang berbunyi ;

Maksudnya : Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
Maha suci Allah yang telah menurunkan kepelbagaian penyakit untuk menguji hamba-hambanya mencari ilmu dan pengetahuan, kaedah penyembuhan untuk setiap penyakit yang diturunkan. Kaedah dan penyembuhan itu adalah hikmah yang banyak tersembunyi dalam ayat-ayat suci Al-Quran, juga hadis-hadis yang diriwayatkan oleh rasulul maksumin Muhammad صلى الله عليه وسلم. Ada yang jelas dan ada yang perlukan penelitian yang berat. 
Seterusnya Allah menguji keyakinan hamba-hambanya untuk beramal dengan ilmu yang telah dibekalkan dan  beristiqamah dengan perawatan itu. Meletakkan sepenuh pengharapan bahawa kesembuhan adalah dari Nya yang Maha Penyembuh.

Selawat dan salam buat junjungan Rasulul Amin AlHaasyi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Maha guru agung yang memiliki ilmu luar biasa dengan perantara yang mulia Jibril A.S. Mengetahui ilmu yang dulu dan akan datang umpama terakamnya sebuah video memori dan melihat yang akan datang bagai satu filem khayalan,  tapi itulah realiti yang kita hadap sekarang, benar dan tidak pernah tersilap pun satu kalam dari baginda صلى الله عليه وسلم tentang suasana yang akan datang. Selawat dan salam buat seluruh ahli keluarga baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia dan penuh pengorbanan, para sahabat radiallahu anhum ajmain yang sarat dengan kesetiaan dan keikhlasan, seterusnya para tabi’, tabi’ tabi’ien, salafussoleh, ulama’ pewaris kenabian hingga ke akhir zaman.


 Ilmu perawatan bekam adalah suatu ilmu kesihatan yang sangat berguna, peninggalan junjungan mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, padanya jaminan kesembuhan daripada Allah S.W.T .
Bekam sangat besar peranan dan kesannya kepada kesihatan manusia, lalu Nabi صلى الله عليه وسلم menggesa umatnya melakukan rawatan bekam. Nabi صلى الله عليه وسلم terbukti dalam banyak hadis pernah melakukan bekam sepanjang hayat baginda.  Faedah bekam dan manfaat yang banyak sebahagian diketahui dan masih banyak lagi yang belum diterokai oleh kajian manusia.
Oleh kerana kepentingan dan kemulian pada perubatan Nabi صلى الله عليه وسلم, maka baginda menjadikannya sebagai kaedah perubatan utama baginda, para malaikat Allah juga menyarankan kepada baginda صلى الله عليه وسلم supaya dianjurkan bekam ini kepada umat baginda.
Terbukti pada hari ini, kajian dan penelitian yang silih berganti dilakukan samada oleh orang Islam sendiri mahupun bukan Islam, telah  menemukan daripada kajian mereka  kesimpulan yang sama iaitu bekam bukan sahaja merawat (penyakit) bahkan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit moden yang tidak dapat diselesaikan oleh perubatan moden.

Akan tetapi, bukti-bukti dan kajian-kajian ini sengaja di tutup dan dihapuskan oleh manusia yang hasad dan dengki terhadap perubatan Nabi صلى الله عليه وسلم. Justeru, masakini kita sangat berhajat kepada adanya penulisan, tesis dan makalah ilmiah bagi menerang kembali kegemilangan dan kebaikan mukjizat perubatan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Disarankan supaya diwujudkan sebuah institusi pembelajaran secara tersusun dan teratur seperti yang telah di bagunkan oleh masyarakat Barat, mereka sangat terkehadapan dalam mengenengahkan bekam dalam masyarakat , seterusnya menghidupkan amalan sunnah yang mulia ini.


Sangat mendukacitakan kebanyakan negara-negara umat Islam  memandang remeh kehebatan kaedah perawatan bekam, apa yang  menyedihkan lagi mereka dengan angkuh dan sombong menafikan perubatan Sunnah ini wujud dan menyembuhkan. 



Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan dakyah-dakyah kufur yang dibawakan oleh para orientalisme barat yang banyak menafikan kesahihan hadis-hadis berkaitan kaedah perawatan Nabi صلى الله عليه وسلم. 

Dalam perbincangan kita ini, akan dibentangkan beberapa hadis yang soheh dan muktabar dari sumber yang sihhah, yakni dari kitab sohih bukhari dan muslim, المختارات الصحة  dan sunan-sunan yang lain.

Sangat wajarlah kita sebagai muslim yang benar, berusaha mengangkat kembali kedudukan bekam di tempat yang tinggi, hari ini juga terbukti dalam pengkajian dan penelitian moden  bahawa perawatan bekam sangat berkesan dan tidak seharusnya diragui oleh seseorang yang mengaku Muslim. 

Hakikatnya,  jika sekiranya ilmu bekam ini bercanggah, kolot, mundur, tradisional dimata manusia, bagaimana pula kita boleh menolak hadis-hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang menyatakan dengan jelas point-point bekam yang di amalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Dan sekiranya bekam ini tiada kedudukannya, nescaya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  tidak akan mempraktikannya.

Semoga dengan kertas kerja ringkas ini akan memberikan pencerahan kepada pembaca mengenai ilmu bekam yang sangat mulia peninggalan dari semulia-mulia Nabi صلى الله عليه وسلم .
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada PERHIJAM kerana telah menunjukkan komitmen dan tekad untuk menyebarkan dan menaikkan taraf perawatan bekam kemartabat yang selayaknya.

Kepada Allah sahajalah penulis berserah dan bertawakkal, sedikit kajian daripada penulis dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang terlibat dalam mengamal dan menyebarkan perawatan bekam yang mulia ini.


Bismillahhirrahmanirrahim.....



Hari ini lambakan produk kesihatan dipasaran begitu ketara. Kaedah jualan langsung, SLM (single level marketing), MLM (multi level marketing) dan bermacam-macam cara lagi berlangsung dengan hangat di negara kita khususnya.

Begitu pun tahukah anda!!?... Sejarah penyakit yang telah begitu lama bertapak di dalam sel-sel darah anda sukar dipulihkan dengan kadar yang segera. Anda perlukan bantuan tambahan untuk menambahkan keaktifan tubuh badan anda untuk menerima rawatan dari makanan-makanan tambahan yang anda makan. 

Keasidan yang tinggi di dalam tubuh adalah di antara pembunuh senyap sel-sel darah yang beroksigen untuk bergerak ke seluruh tubuh anda, merawat kesakitan-kesakitan yang tersembunyi dan terzahir pada luaran fizikal tubuh. Tubuh badan anda akan melalui simptom-simptom keletihan yang melampaui sehingga akhirnya anda akan berhenti dan berputus asa dengan produk-produk yang anda makan.

Dan lebih malang, adakalanya anda terpaksa meng'tong sampahkan produk yang anda beli hampir ratusan malah mungkin mencapai ribuan ringgit. Namun anda tetap merasa hampa dan putus asa kerana kesan pengambilan produk  menjadi lebih beban kepada tubuh anda yang sedang dirawat.

Persoalannya, "Bagaimana dan apa yang perlu ANDA lakukan untuk selesaikan masalah ini"???.
Jawapan kami "JOM BEKAM". Bekam adalah satu proses rawatan anti oksidan aras tinggi, cepat, dan segera kesannya. Tahukah ANDA..Kaedah pengeluaran darah yang tidak beroksigen dari tubuh sangat merangsang pertumbuhan dan pengeluaran baru sel-sel darah merah yang sihat untuk dihantar ke tempat-tempat yang sakit di dalam tubuh untuk dirawat. Tubuh anda akan bekerja dengan baik dengan setiap suplement tambahan yang anda ambil dan kadar kesembuhan akan menjadi lebih cepat dan pantas dengan keizinan ALLAH azzawajalla.

Bekam adalah method sihat yang diamalkan oleh baginda Rasulullah sallalahu alaihi wasallam..Berusahalah untuk SIHAT kerana KESIHATAN itu KENIKMATAN untuk beribadah kepada ALLAH azzawajalla. Jangan bertangguh untuk sihat hubungi kami di PUSAT RAWATAN BEKAM DUNGUN>SMS @ WTSUP -019-9236645 lelaki/ 017-9086425 wanita..Kami menanti ANDA untuk membantu ANDA sihat dengan YAKIN!!!.

Disedikan oleh
Ustazah C Amirah
Perawat Wanita


Kenapa kita berubat?

Tuan puan sekalian, berubat adalah suatu tuntutan dalam agama Islam. Nabi menyebut, tidak ada penyakit yang Allah jadikan melainkan Allah jualah yang menurunkan penawarnya. Nescaya akidah dan kepercayaan orang Islam ialah, penyakit dari Allah dan Allah jualah yang menyembuhkan.Kasih dan sayang Allah kepada hambaNya, lalu diturunkan pelbagai sakit dan penyakit, dan maha rahmat dan kasihNya Allah, Dia menyuruh kita berikhtiar dan mencari penawar yang sudah Allah janjikan.

Maka tidak lain , tidak bukan Rasulullah SAW lah mahaguru dan doktor pertama dalam dunia Islam. Kerana apa? Kerana Allah telah menjanjikan bahawa setiap kata-kata yang terbit dari bibir Rasulullah adalah penawar buat manusia. Anda yakin bahawa semua kata-kata Nabi SAW adalah penawar? . 

Setiap orang yang beriman mestilah menerima inilah i'tikad dan keimanan yang jitu perlu ditanam dalam setiap hambaNya jika mahu mencari penawar dan kesembuhan.Perlunya kita merujuk kepada Rasulullah .

Oleh itu, jadikanlah Rasulullah sebagai rujukan dalam segala permasalahan kita, perubatan, pentadbiran manusia, ekonomi , pemerintahan negara , pengurusan, akhlah dan sebagainya. Nescaya kita akan terselamat, akidah terjaga, dan iman kita terpelihara dari sebarang unsur-unsur syirik kepada Allah.

Ust Sabri
Jurubekam Klinikal Profeisonal 
Pusat Bekam Dungun





Alumni Jurubekam Klinikal Profesional USM Kubang Kerian

(Diiktiraf dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia -
Melalui PERHIJAM No Ahli PERHIJAM 0123 dan 0124)


Ustaz Sabri Yamin

Ustazah Amirah Muda


Pusat Rawatan dan Latihan Koplimentari dan Alternatif,(Pusat Bekam Dungun)No 8, Tingkat Atas, Taman Gemilang Harmoni,Kg Batu 49, Jalan Paka,23000 Dungun Terengganu


Telefon /WhatsApp
0199236645 , 0179086425


Oleh : Ustaz Muhamad Sabri b Yamin
Perawat Bekam Bertauliah

PENGENALAN

Bekam merupakan suatu kaedah perawatan yang semakin diminati oleh masyarakat hari ini. Manusia diterjah dengan pelbagai jenis penyakit yang menghantui jiwa dan perasaan . Penyakit ini bertali arus melanda sehinggakan hospital dan pusat kesihatan dipenuhi dengan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan

Keinginan untuk sihat merupakan suatu fitrah dan naluri semua manusia. Ingin sihat dan segar ini membuatkan manusia bertungkus lumus mendapatkan apa-apa jenis produk dan servis kesihatan.

Sebagai umat Islam, Allah anugerahkan kepada kita dengan satu kaedah perubatan yang begitu maha hebat dan istimewa.Hadiah adalah hadiah daripada Allah kepada Nabi SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Anas b Malik pernah berkata:
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.” Sabda Nabi SAW lagi,

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga minum madu, torehan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay.”

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“
Sesungguhnya kaedah peubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

APA ITU BEKAM

Bekam adalah kaedah perubatan alternatif masa kini yang semakin menjadi pilihan ramai. Bekam bermaksud mengeluarkan darah yang bersifat kotor , beracun dan bertoksid tinggi melalui permukaan kulit (epidermis & dermis) dengan melakukan torehan jarum lancet . Kemudian menyedutnya dengan menggunakan alatan bekam moden berpandukan disiplin perubatan yang ketat .

Bekam adalah nature (semulajadi) kerana ia tidak menggunakan bahan kimia bahkan amat selamat serta sesuai untuk semua peringkat umur .

Sesiapa yang berbekam, inshaAllah akan menemui kessembuhan Ilahi .



Pusat Rawatan dan Latihan Koplimentari dan Alternatif,(Pusat Bekam Dungun)No 8, Tingkat Atas, Taman Gemilang Harmoni,Kg Batu 49, Jalan Paka,23000 Dungun Terengganu



Telefon /WhatsApp0199236645 , 0179086425 


Berdekatan Klinik Fatihah, Restoren JUZ dan Jambatan Sura 
Mengangjurkan kursus-kursus bekam asas dan tahap ilmiah bagi sesiapa yang berminat mendalami perawatan bekamSiapa yang wajar sertai?lelaki/ wanita /pengangur/ graduan/ peminat sunnah bekam/ para doktor/ jururawat / medical assistant/ dan sesiapa sahaja 













Berbekam adalah sunnah Rasulullah saw yang perlu diikuti oleh semua ummat baginda. Melaksanakan amalan berbekam pada tarikh-tarikh sunnah adalah amat digalakkan.Ummah yang sihat akal bermula dari fizizkal yang sihat. Berbekam dapat memberikan kesihatan yang amat baik untuk fizikal, mental dan spiritual peribadi insan.
Amalan berbekam bukan sahaja dapat menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan yang melanda ummah akhir zaman bahkan dapat memberikan satu rangsangan yang amat positif kepada diri anda untuk melalui proses hidupan seharian.