Showing posts with label derma banjir. Show all posts
Showing posts with label derma banjir. Show all posts
Kursus Asas Bekam Sunnah



Silibus Asas Pusat Bekam Dungun bagi sesiapa yang belum pernah mendalami ilmu perawatan berbekam.

2 orang student bekam Pusat Bekam Dungun berjaya mempelajari asas-asas dalam berbekam.Mereka juga melakukan praktikal . Semoga bermanfaat buat mereka.

1- Saudara Izuwan dari Kemaman
2. Cikgu Yusran, guru Sek Keb  Jerangau

Antara isi kandungan kursus asas ini ialah;


  1. Mukadimah
  2. Pengenalan Ilmiah Bekam
  3. Bekam menurut Agama 
  4. Dalil-dalil mengarahkan sunnah berbekam
  5. Pengenalan point-point yang pernah di bekam oleh Rasulullah.
  6. Waktu -berbekam
  7. Hukum hakam asas berbekam
  8. Persoalan dan kemusykilan dalam perawatan berbekam
  9. Asas bekam klinikal moden
  10. Peralatan bekam moden
  11. Persediaan perawat dan adab pembekaman
  12. Kelengkapan perawatan
  13. Sistem pengrekodan pesakit
  14. Anatomy kulit dan sistem kulit
  15. Doa dan adab ketika berbekam
  16. Praktikal bekam
  17. Kebersihan dan pelupusan sisa bekam
  18. Pemakaian perawat.




Marilah sama-sama kita memperkasakan perawatan berbekam, sunnah Nabi SAW.




















MISI BANTUAN BANJIR 3.0

Pusat Bekam Dungun dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan , Yg Berbahagia Ust Asri b Daud mengalu-alukan sumbangan banjir untuk...

Bantuan Banjir untuk SET DAPUR DAN KEPE

RLUAN ASAS.

BANTUAN UNTUK 1 KELUARGA PAKEJ RM150.00

Update  14 Jan 2015 RM 5 000.00

Last terima sumbangan adalah 30 Jan 2015 ini sahaja.Akan disalurkan terus ke Pej . S.U Akhbar MB Kelantan  kelak pada tarikh yang akan di maklumkan

Maybank Muhamad Sabri 163082217053 - Khas Bantuan Banjir.

Pejabat klinik kami :

Pusat Bekam Dungun, No 8 Taman Gemilang Harmoni, Kg Batu 49, 23000 Dungun Terengganu.
 0199236645 Ust Sabri  0179086425 Ustazah Amirah

TARGET DAN KEJAYAAN KAMI , ALHAMDULILLAH...

♻ Target RM 50K,  insya Allah dengan kerjasama pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Asri b Daud.

♻ Jumlah Kutipan Siri Kedua berjaya sebanyak RM 18 000.00 dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Terengganu.

♻ Jumlah Kutipan Siri Pertama berjaya di serahkan RM 10 448.00 dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan b Mohd Ramli

__________________
Sebarkan kepada sahabat dan teman2.


8 dan 9 Januari 2015 : Pusat Bekam Dungun telah berjaya membawa misi RM 18 K set dapur ke Kelantan. Terima kasih buat semua penderma semua yang menyumbang untuk menjayakan misi yang mulia ini. Saya Ust Sabri Yamin , isteri saya Ustazah Amirah Muda ,semua petugas kontijen Yayasan Amal Malaysia Dungun diketuai oleh Pok Zuber Salim dan Unit Amal Dungun dan Team Memboreng Air berjaya menyempurnakan tugasan kami dengan jayanya. Insha Allah kami pusat bekam dungun akan meneruskan lagi misi2 bantuan kemanusia banjir terdekat ini..

Berikut adalah beberapa kenyataan dari Yayasan Amal Malaysia Terengganu dan Dungun dan catatan peribadi ustaz Sabri sepanjang misi ini.


Kenyataan Yayasan Amal Malaysia , Cawangan Terengganu

OPERASI HELP KELANTAN 2.0 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) akan sekali lagi ke Kelantan hujung minggu ini (8 - 9 Januari 2015) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa #banjirkelantan. 

Kali ini YAMCT akan memfokuskan kepada 3 aktiviti utama dan sangat mendesak:

1. Program Boreng Air (Tube well) kepada 5 lokaliti strategik sekitar Kuala Krai, Kusial dan Gual Ipoh. Tenaga tambahan amat diperlukan bagi membantu melicinkan gerak kerja pemasangan Boreng Air ini. Pengarah Boreng Air ini adalah Hj Zuber Salim bersama dengan Team Pakar Boreng Air Paka, Dungun.

2. Penyerahan set lengkap dapur gas yang bernilai RM150/set. Setakat ini YAMCT dan Pusat Bekam Dungun melalui sumbangan orang ramai telah berjaya mendapatkan 120 set lengkap dapur gas berkenaan. Kami mengamalkan konsep door-to-door kerana tidak mahu menyusahkan wakil tempatan yang juga turut mengalami musibah banjir. Justeru tenaga relawan amat didambakan bagi melicinkan proses penghantaran door-to-door tersebut.

3. Program Dapur Rakyat yang sebelum ini telah dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia akan juga diteruskan di Kampung Kuala Nal. Team masakan yang akan diketuai oleh Cg Mohd Nawi dan bantuan dari Ameerah akan dikerahkan ke sana. YAMCT menganggarkan 500 mangsa banjir akan tersantun dengan penyediaan Dapur Rakyat ini.

Kami mempelawa para sukarelawan untuk turut meluangkan masa bersama dalam Operasi Help Kelantan 2.0 ini.

Sesiapa yang berminat menyertai atau turut menghulurkan bantuan sila hubungi Sdr Wan Mohd Ikhwan, Penyelaras Operasi Bantuan Banjir YAMCT di talian
011-10693390 atau email ikhwan@yamct.org.my.

"Amal kerana Allah"

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
0199563653
suhazeli@yamct.org.my
No Akaun Maybank Islamik: Amal Terengganu Dana Bencana bernombor 563064131947
6hb Januari 2015
#Pray4Malaysia #PrayForPantaiTimur #pray4kelantan #pray4terengganu#pray4pahang #banjirkelantan #Banjir2014

~~SHARE~~


Kenyataan Yayasan Amal Malaysia , Cawangan Terengganu, Kontijen Dungun

YAYASAN AMAL DUNGUN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA :-
YAM TERENGGANU
YAM DUNGUN,
SUKARELAWAN YAM,
PUSAT BEKAM DUNGUN,
GENG BANTING
GENG PADAT,
JAB. AMAL KG SURA,
POK PIN & VAN N. 28,
PONDOK SG.DURIAN,
ORANG PERSORANGAN,
DERMAWAN & LAIN-LAIN
DALAM MENJAYAKAN MISI AMAL BANJIR KELANTAN 2.0 KE JAJAHAN KUALA KRAI, SEMOGA USAHA, SUMBANGAN & PENGORBANAN KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH...
Zuber Salim
PENGARAH MISI 2.0

Catatan Ringkas Ustaz Sabri

hari pertama misi

Catatan ringkas bantuan ke Kuala Krai
Khamis
8.00 am. Bertolak dari Dungun melalui LPT
11.30 am. Berkumpul di Besut. Masjid at Taqwa. 50 set dapur di agihkan oleh YAM Negeri dan baki 70 set kami sendiri yg bawa ke Kuala Krai
1.00 pm. Solat zohor jamak , makan tengahhari yg di sponsor oleh Hj Sulaiman dan bertolak ke Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Sepanjang perjalanan hujan lebat.
3.00 pm. Sampai di Kuala Nal, air dah mulai melimpah naik. Hanya yg 4W sahaja yg boleh lalu. Rombongan muslimat terkandas dlm van, sebab van rendah.
3.00 pm. Mula mengagihkan bantuan. Diberi masa hanya 1 jam utk sampaikan. Bimbang air semakin naik.
4.30 pm . Kami keluar dari Kg Kuala Nal. Elakkan air terus naik. Menuju ke pondok sungai durian. Penginapan kami. Barang2 masih byk, drebar lori buat hal,,x nak ikut kami sehingga esokan. Kena turunkan semua barang di pondok.
7.00 pm . Makan malam dan kami rehat utk sambung baki bantuan esok ke kg ghuchil pulak.
Saya xlarat utk bantu gang2 memboreng. Tidor awal utk sambung agih bantuan keesokan hari

Jumaat

((Bersambung ))
































 


Misi Bantuan Banjir ( Siri Kedua )



Pusat Bekam Dungun meneruskan lagi kutipan sumbangan derma, fokus kami siri kedua adalah:

💸 WANG TUNAI SAHAJA 🚸
(Digunakan untuk membeli Dapur Sett.)
Dianggarkan satu keluarga 1 set dapur (dapur,periuk dan tong gas) RM150.00
Kami memerlukan 100 set utk peringkat ini.Berjumlah keseluruhan RM 15 000.00.
Fokus sumbangan ke Kelantan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia , cawangan Terengganu.

📌 Akaun Maybank Muhamad Sabri 163082217053. (dikosongkan utk derma banjir ).

Update terkini, 5 Jan 2014, 6 am
Jumlah set dapur yang telah berjaya dikumpulkan ialah 75 set, alhamdulillah.
Kami memerlukan 25 set sahaja lagi untuk menjayakan misi 100 set dapur.

Pejabat:
Pusat Bekam Dungun,NO 8 Taman Gemilang Harmoni, Kg Batu 49, 23000 Dungun Terengganu.
Bersebelahan RJ Restoren dan Klinik Fatihah Dungun.
Kerjasama anda sangatlah di hargai. Terima kasih.
Terus  0199236645 Ust Sabri  0179086425 Ustazah Amirah utk keterangan lanjut.
♻ Jumlah Kutipan Siri Pertama berjaya di serahkan RM 10 448.00. Alhamdulillah.
__________________
Sebarkan kepada sahabat dan teman2.





Pusat Bekam Dungun bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen PAS Dungun sedang mengumpulkan sumbangan untuk mangsa banjir.Berikut adalah keutamaan sumbangan anda...

1. Wang tunai
2. Sardin
3. Minyak masak
4. Biskut tin
5. Selimut dan toto
6. Makanan segera
7. Periuk elektrik
8. Lilin dan lampu suluh
9. Pampers dan tuala wanita
10. apa2 yang difikirkan perlu....
Boleh dikumpulkan di pej Pusat Bekam Dungun, Kg Batu 49, bersebelahan dengan  RJ Restoren dan Klinik Fatihah Dungun.











Assalamualaikum.

Pusat Bekam Dungun bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen Pas Dungun sedang mengumpulkan sumbangan untuk mangsa banjir.Berikut adalah keutamaan sumbangan anda...

1. Wang tunai
2. Sardin
3. Minyak masak
4. Biskut tin
5. Selimut dan toto
6. Makanan segera
7. Periuk elektrik
8. Lilin dan lampu suluh
9. Pampers dan tuala wanita
Boleh dikumpulkan di pej Pusat Bekam Dungun, Kg Batu 49, bersebelahan dengan  RJ Restoren dan Klinik Fatihah Dungun.


Sumbangan untuk mangsa sekitar Dungun dan akan berterusan untuk mangsa banjir teruk di Kelantan, insyaALLAH.

Hubungi 0199236645 Ust Sabri dan Ustazah Amirah 0179086425 utk keterangan lanjut.

Update setakat 29.12.2014

Jumlah yang telah diserahkan kepada pejabat Parlimen PAS Dungun.

1. Tunai RM499.00
2. Total produk RM 1945.00

Jumlah RM 2444.00 . Setakat 12 tghari 29.12.2014


Kami terus merayu sumbangan anda.
Terima kasih dari Pusat Bekam Dungun