Showing posts with label kebaikan bekam. Show all posts
Showing posts with label kebaikan bekam. Show all posts

 



KEBAIKAN BERBEKAM UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN ANDA LELAKI DAN WANITA MUSLIM.

[ DIGALAKKAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI / 4 BULAN SEKALI ]
Hadith-Hadith Berkaitan Bekam (Hijamah) :dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi s.a.w: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas (kay) itu.” (Shahih Bukhari)
Antara kebaikan kebaikan dan manfaat berbekam :
1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
25. Hilangkan stress dan tekanan
26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW
27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.
_____________
Untuk dapatkan rawatan , sila wassap kami.
Makna bekam dari segi bahasa.

((الحجـــامة)) adalah bahasa Arab klasik /kuno yang terdapat didalam kamus-kamus mereka, juga dikenali perubatan tradisi masyarakat Arab, Yunani, China lama dan Babylon.

Menurut Ibn Manzur  ( 606 H) حجــام ada sesuatu yang diletakkan pada mulut binatang ternakan atau untuk mengekangnya ( seperti kekang kuda).

Menurut Ibnu Sayyidah  (458 H) , maksud bekam ialah menahan daripada sesuatu , boleh dikatakan menahan pada rambut seseorang itu apabila dibekam ( diikat /disimpul ).
Menurut Al Harby  ( 275 H) , sebaik-baik perubatan lama ialah berbekam ( perbuatan tukang bekam )- dikenali sekarang jurubekam @ istilah modennya doctor bekam .
Menurut Ibn Manzur lagi , perbuatan meminta untuk dibekam , sekiranya sesorang mohon dibekam, maka dibekam akan badannya , maka bekam adalah untuk mengeluarkan darahnya, asal (( الحجم)) ialah bermaksud (( المص)) iaitu mengisap .


Istilah perubatan Islam pula ialah;

 (( Mengeluarkan darah daripada permukaan kulit dengan sedikit torehan / tusukan benda tajam dan menghisapnya /menyedutnya )). 

Ibn Qayyim AL Jauziah ( 751 H)  menyatakan “ Hijamah ialah mengeluarkan darah daripada permukaan kulit”  .


Menurut Dr Abdul Azez al Naser dan Dr Ali al Tuwaijiri   “ Bekam ialah dengan tusukan atau torehan pada kulit dengan pisau atau jarum, dilekapkan alat pembekaman dan juga tisu ( didalam cawan bekam) dan membiarkan terpat itu( yang ditoreh) dan disedu dengan kuat” .

Menurut sebahagian pendapat ulamak Islam , “Hijamah adalah diambil daripada perbuatan ( الحجم) , bekam atau menyedut , disebut telah bekam budak akan susu ibunya, iaitu bekam ( susu ibunya) maka hijamah ( حجــامة ) adalah maksud daripada perbuatan dan peralatan yang digunakan untuk menyedut  darah daripada tusukan pada kulit ”. Imam al Zarqani   pula menyebutkan “  Bekam tidak tertentu kepada point (نقرة القفا) sahaja , bahkan dibekam seluruh tubuh badan manusia” .


Pensyariatan bekam

Seorang Muslim itu hidupnya mestilah dibawah naungan cahaya Islam yang syumul, terkandung didalamnya hukum halal dan haram, suruhan dan tegahan kerana semua perbuatan Muslim dikira ibadah disisi Allah sekiranya bertepatan dengan syarak. Hanya mencari  keredhaan Allah dalam hidupnya. Keredhaan Allah hanya ada didalam hukum syaraknya sahaja, iaitu melalui lidah junjungan mulia Nabi S sallallahu alaihi wasallam..
Inilah pegangan akidah yang kukuh yang wajib dipegang oleh setiap Muslim kerana kepatuhan kepada suruhan dan meninggalkan larangan  Allah adalah kunci kepada keredhaanNya. Suruhan dan larangan daripada Nabi S.A.W adalah syariat dan pensyariatannya telah direkodkan dalam kitab-kitab Sahih Bukhari dan Muslim dan juga kitab-kitab hadis yang lain.

Disini penulis akan mencatatkan beberapa penghujjahan yang bersumberkan daripada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan pendapat-pendapat para ilmuan Islam terhadap pensyariatan bekam ini. Penghujahan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan terhadap kemurnian syariat bekam dan menolak golongan yang berpendapat bahawa bekam bukan sebahagian dari syarak.

*Sedutan dari Kertas Kerja Pensyariatan Bekam dan kesembuhan.










Assalamualaikum.

Pusat Bekam Dungun bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen Pas Dungun sedang mengumpulkan sumbangan untuk mangsa banjir.Berikut adalah keutamaan sumbangan anda...

1. Wang tunai
2. Sardin
3. Minyak masak
4. Biskut tin
5. Selimut dan toto
6. Makanan segera
7. Periuk elektrik
8. Lilin dan lampu suluh
9. Pampers dan tuala wanita
Boleh dikumpulkan di pej Pusat Bekam Dungun, Kg Batu 49, bersebelahan dengan  RJ Restoren dan Klinik Fatihah Dungun.


Sumbangan untuk mangsa sekitar Dungun dan akan berterusan untuk mangsa banjir teruk di Kelantan, insyaALLAH.

Hubungi 0199236645 Ust Sabri dan Ustazah Amirah 0179086425 utk keterangan lanjut.

Update setakat 29.12.2014

Jumlah yang telah diserahkan kepada pejabat Parlimen PAS Dungun.

1. Tunai RM499.00
2. Total produk RM 1945.00

Jumlah RM 2444.00 . Setakat 12 tghari 29.12.2014


Kami terus merayu sumbangan anda.
Terima kasih dari Pusat Bekam Dungun



Kebaikan Berbekam

1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


dan banyak lagi kebaikan yang tidak ditulis disini, Allah 'A'lam