Soalan Lazim Bekam


Bersama Ustaz Sabri

· Adakah bekam itu sunnah ?

Berbekam adalah Sunnah dan ianya adalah amalan rutin Nabi SAW dalam menghadapi pelbagai penyakit yang ditimpa keatasnya.

· Adakah darah bekam itu kotor ?

Ya darah bekam adalah kotor, darah yang tidak diperlukan oleh badan, darah yang tidak beroksigen , bertoksid dan perlu segera dibuang.

· Adakah bekam menyakitkan?

Bekam tidak akan menyakitkan tubuh badan anda. Darah dikeluarkan dari permukaan kulit sahaja.

· Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?

Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.

· Apakah waktu yang mustajab ?

Sebelah pagi / waktu siang dan tarikhnya ialah tanggal 17,19 dan 21hb setiap bulan Islam.[ malam dibolehkan jika terdesak ]. Ambil sedikit makanan sebelum berbekam

· Apakah hari yang tidak di galakkan berbekam?

Makruh dan cuba elakkan berbekam pada hari Rabu.

· Apakah pantang larang selepas berbekam ?

Anda dianjurkan tidak makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Seeloknya, selepas 2 jam berikutnya barulah anda ambil makan/tidur.

· Bilakah saya melihat hasil bekam?

Hasil bekam bergantung kepada kesihatan asas seseorang. Jika dia mengidap penyakit yang agak kronik, memerlukan kekerapan bekam untuk melihat hasil, jika kesihatan agak baik, hasil bekam akan segera berkesan.

· Adakah bekam memberi kesan sampingan kepada tubuh dll ?

Bekam tidak akan memberI apa-apa kesan sampingan kepada pesakit biasa, namun jika ada kesan seperti pening kepala, muntah , loya, rasa lemah tubuh, demam sila segera hubungi perawat anda.

0 comments:

Post a Comment