Pengenalan ilmu bekam (الحجامة)

Makna bekam dari segi bahasa.

((الحجـــامة)) adalah bahasa Arab klasik /kuno yang terdapat didalam kamus-kamus mereka, juga dikenali perubatan tradisi masyarakat Arab, Yunani, China lama dan Babylon.

Menurut Ibn Manzur  ( 606 H) حجــام ada sesuatu yang diletakkan pada mulut binatang ternakan atau untuk mengekangnya ( seperti kekang kuda).

Menurut Ibnu Sayyidah  (458 H) , maksud bekam ialah menahan daripada sesuatu , boleh dikatakan menahan pada rambut seseorang itu apabila dibekam ( diikat /disimpul ).
Menurut Al Harby  ( 275 H) , sebaik-baik perubatan lama ialah berbekam ( perbuatan tukang bekam )- dikenali sekarang jurubekam @ istilah modennya doctor bekam .
Menurut Ibn Manzur lagi , perbuatan meminta untuk dibekam , sekiranya sesorang mohon dibekam, maka dibekam akan badannya , maka bekam adalah untuk mengeluarkan darahnya, asal (( الحجم)) ialah bermaksud (( المص)) iaitu mengisap .


Istilah perubatan Islam pula ialah;

 (( Mengeluarkan darah daripada permukaan kulit dengan sedikit torehan / tusukan benda tajam dan menghisapnya /menyedutnya )). 

Ibn Qayyim AL Jauziah ( 751 H)  menyatakan “ Hijamah ialah mengeluarkan darah daripada permukaan kulit”  .


Menurut Dr Abdul Azez al Naser dan Dr Ali al Tuwaijiri   “ Bekam ialah dengan tusukan atau torehan pada kulit dengan pisau atau jarum, dilekapkan alat pembekaman dan juga tisu ( didalam cawan bekam) dan membiarkan terpat itu( yang ditoreh) dan disedu dengan kuat” .

Menurut sebahagian pendapat ulamak Islam , “Hijamah adalah diambil daripada perbuatan ( الحجم) , bekam atau menyedut , disebut telah bekam budak akan susu ibunya, iaitu bekam ( susu ibunya) maka hijamah ( حجــامة ) adalah maksud daripada perbuatan dan peralatan yang digunakan untuk menyedut  darah daripada tusukan pada kulit ”. Imam al Zarqani   pula menyebutkan “  Bekam tidak tertentu kepada point (نقرة القفا) sahaja , bahkan dibekam seluruh tubuh badan manusia” .


Pensyariatan bekam

Seorang Muslim itu hidupnya mestilah dibawah naungan cahaya Islam yang syumul, terkandung didalamnya hukum halal dan haram, suruhan dan tegahan kerana semua perbuatan Muslim dikira ibadah disisi Allah sekiranya bertepatan dengan syarak. Hanya mencari  keredhaan Allah dalam hidupnya. Keredhaan Allah hanya ada didalam hukum syaraknya sahaja, iaitu melalui lidah junjungan mulia Nabi S sallallahu alaihi wasallam..
Inilah pegangan akidah yang kukuh yang wajib dipegang oleh setiap Muslim kerana kepatuhan kepada suruhan dan meninggalkan larangan  Allah adalah kunci kepada keredhaanNya. Suruhan dan larangan daripada Nabi S.A.W adalah syariat dan pensyariatannya telah direkodkan dalam kitab-kitab Sahih Bukhari dan Muslim dan juga kitab-kitab hadis yang lain.

Disini penulis akan mencatatkan beberapa penghujjahan yang bersumberkan daripada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan pendapat-pendapat para ilmuan Islam terhadap pensyariatan bekam ini. Penghujahan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan terhadap kemurnian syariat bekam dan menolak golongan yang berpendapat bahawa bekam bukan sebahagian dari syarak.

*Sedutan dari Kertas Kerja Pensyariatan Bekam dan kesembuhan.










0 comments:

Post a Comment