1.Digelarkan sebagai  شيخ الحجامين  .Syeikh Ahmad Mohamed Hafny Al Masry, syeikh kepada jurubekam-jurubekam.
2.Beliau telah menggerakkan gerakan menyebarkan perubatan al hijamah dengan menganjurkan seminar, kuliah dan ceramah. Sehinggalah terkenal kaedahnya dinamakan Sekolah el Hafny .
3.Pengamal dan penggiat bekam serata dunia melalui kaedah Hafny ini mencecah lebih daripada 75 000 jurubekam seluruh dunia.

•Lahir di kota Kaherah tahun 1955
•Orang yang pertama menyebarkan Sunnah Hijamah di sekitar Negara Arab
•Ijazah pertama daripada Universiti Ain Syam, Kuliah Tarbiah Fakuliti Kejuruteraan Kimia



•Berhijrah ke Jerman dan menetap di sana 10 tahun, bekerja sebagai guru di Markaz Islami di Jerman
•Di Jerman beliau menekuni dan mendalami ilmu perubatan alternatif



•Beliau orang yang pertama mendirikan pusat latihan perubatan alternative di Mesir
•Beliau adalah orang arab pertama yang menyusun silibus dan manhaj pembelajaran bekam dengan kaedah yang mudah di fahami


•Beliau terus giat menyebarkan perubatan hijamah keserata dunia arab, Syiria, Jordan, Saudi , UAE , Oman dan lain-lain.
•Beliau telah mengarang banyak kitab, ensiklopedia yang berkait dengan perubatan bekam
•Beliau giat menyebarkan bekam kepada seluruh dunia, samada timur dan barat

•Pada peringkat permulaan, beliau telah menggariskan point-point bekam daripada petunjuk hadis Nabi S.A.W, dan ketika di Jerman beliau telah menomborkan titik bekam kepada 55 point  
•Selepas kajian bersama pakar-pakar perubatan daripada Jepun, Australia  sekitar tahun 1995 point telah bertambah kepada lebih 100 titik.







UNISEL , Shah Alam :28 March 2015 SABTU    Satu seminar Bekam berjaya di anjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia yang menarik penyertaan lebih daripada 100 peserta dari seluruh negara terutamanya kalangan Ahli Persatuan
.
Saya diberikan peluang oleh PERHIJAM untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Bekam : Pensyariatan dan Kaedah Hafny dalam seminar yang bermula jam 8,30 AM  dan berakhir sekitar jam 2.00 PM.






Sesi kedua dibentangkan oleh Prof Dr Abd Aziz as Safi dari USM Kubang Kerian. Beliau membentangkan tajuk Kajian Kes :Bekam Merawat Kencing Manis.

Alhamdulillah seminar seumpama ini akan terus di anjurkan lagi dari masa ke semasa untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada awam khususnya memperkenalkan Bekam kepada masyarakat. 
Ahli persatuan PERHIJAM diseru supaya mempertingkatkan perawatan dan ilmu untuk mengembalikan BEKAM suatu SUNNAH pada tempat yang tinggi. Insya ALLAH.

















Facebook : https://www.facebook.com/ustazsabribekam

Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/pusatbekamdungun
Rujukan kami: PERHIJAM MES AGUNG TAHUNAN (10) Tarikh; 15/03/2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERHIJAM KE 3
Kepada semua Ahli Perhijam yang di hormati,
Adalah dimaklumkan bahawa PERHIJAM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga pada 28hb Mac 2015 mulai jam 2.00 petang bertempat di Dewan Juliah LT2 UNISEL Kampus Shah Alam Sek 7 Shah Alam Selangor.

Sehubungan itu tuan-tuan/puan-puan adalah di jemput hadir.

AGENDA :
1. Ucapan Aluan Presiden
2. Melantik Pengerusi mesyuarat
3. Melantik Pencatet Minit Mesyuarat
4. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kedua
5. Membentang dan menerima Lapuran Jawatankuasa mengenai kegiatan dan aktiviti tahun 2013 dan 2014
6. Membentang dan menerima Lapuran Penyata Kewangan Perhijam berakhir 31/12/2013 dan 31/12/2014
7. Pembentangan usul dari ahli jawatan kuasa dan dari ahli-ahli.
8. Lain-lain hal
9. Ucapan Penangguhan

Zahaludin bin Ibrahim
Setiausaha

Makna bekam dari segi bahasa.

((الحجـــامة)) adalah bahasa Arab klasik /kuno yang terdapat didalam kamus-kamus mereka, juga dikenali perubatan tradisi masyarakat Arab, Yunani, China lama dan Babylon.

Menurut Ibn Manzur  ( 606 H) حجــام ada sesuatu yang diletakkan pada mulut binatang ternakan atau untuk mengekangnya ( seperti kekang kuda).

Menurut Ibnu Sayyidah  (458 H) , maksud bekam ialah menahan daripada sesuatu , boleh dikatakan menahan pada rambut seseorang itu apabila dibekam ( diikat /disimpul ).
Menurut Al Harby  ( 275 H) , sebaik-baik perubatan lama ialah berbekam ( perbuatan tukang bekam )- dikenali sekarang jurubekam @ istilah modennya doctor bekam .
Menurut Ibn Manzur lagi , perbuatan meminta untuk dibekam , sekiranya sesorang mohon dibekam, maka dibekam akan badannya , maka bekam adalah untuk mengeluarkan darahnya, asal (( الحجم)) ialah bermaksud (( المص)) iaitu mengisap .


Istilah perubatan Islam pula ialah;

 (( Mengeluarkan darah daripada permukaan kulit dengan sedikit torehan / tusukan benda tajam dan menghisapnya /menyedutnya )). 

Ibn Qayyim AL Jauziah ( 751 H)  menyatakan “ Hijamah ialah mengeluarkan darah daripada permukaan kulit”  .


Menurut Dr Abdul Azez al Naser dan Dr Ali al Tuwaijiri   “ Bekam ialah dengan tusukan atau torehan pada kulit dengan pisau atau jarum, dilekapkan alat pembekaman dan juga tisu ( didalam cawan bekam) dan membiarkan terpat itu( yang ditoreh) dan disedu dengan kuat” .

Menurut sebahagian pendapat ulamak Islam , “Hijamah adalah diambil daripada perbuatan ( الحجم) , bekam atau menyedut , disebut telah bekam budak akan susu ibunya, iaitu bekam ( susu ibunya) maka hijamah ( حجــامة ) adalah maksud daripada perbuatan dan peralatan yang digunakan untuk menyedut  darah daripada tusukan pada kulit ”. Imam al Zarqani   pula menyebutkan “  Bekam tidak tertentu kepada point (نقرة القفا) sahaja , bahkan dibekam seluruh tubuh badan manusia” .


Pensyariatan bekam

Seorang Muslim itu hidupnya mestilah dibawah naungan cahaya Islam yang syumul, terkandung didalamnya hukum halal dan haram, suruhan dan tegahan kerana semua perbuatan Muslim dikira ibadah disisi Allah sekiranya bertepatan dengan syarak. Hanya mencari  keredhaan Allah dalam hidupnya. Keredhaan Allah hanya ada didalam hukum syaraknya sahaja, iaitu melalui lidah junjungan mulia Nabi S sallallahu alaihi wasallam..
Inilah pegangan akidah yang kukuh yang wajib dipegang oleh setiap Muslim kerana kepatuhan kepada suruhan dan meninggalkan larangan  Allah adalah kunci kepada keredhaanNya. Suruhan dan larangan daripada Nabi S.A.W adalah syariat dan pensyariatannya telah direkodkan dalam kitab-kitab Sahih Bukhari dan Muslim dan juga kitab-kitab hadis yang lain.

Disini penulis akan mencatatkan beberapa penghujjahan yang bersumberkan daripada Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan pendapat-pendapat para ilmuan Islam terhadap pensyariatan bekam ini. Penghujahan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan terhadap kemurnian syariat bekam dan menolak golongan yang berpendapat bahawa bekam bukan sebahagian dari syarak.

*Sedutan dari Kertas Kerja Pensyariatan Bekam dan kesembuhan.













Kursus Asas Bekam Sunnah



Silibus Asas Pusat Bekam Dungun bagi sesiapa yang belum pernah mendalami ilmu perawatan berbekam.

2 orang student bekam Pusat Bekam Dungun berjaya mempelajari asas-asas dalam berbekam.Mereka juga melakukan praktikal . Semoga bermanfaat buat mereka.

1- Saudara Izuwan dari Kemaman
2. Cikgu Yusran, guru Sek Keb  Jerangau

Antara isi kandungan kursus asas ini ialah;


  1. Mukadimah
  2. Pengenalan Ilmiah Bekam
  3. Bekam menurut Agama 
  4. Dalil-dalil mengarahkan sunnah berbekam
  5. Pengenalan point-point yang pernah di bekam oleh Rasulullah.
  6. Waktu -berbekam
  7. Hukum hakam asas berbekam
  8. Persoalan dan kemusykilan dalam perawatan berbekam
  9. Asas bekam klinikal moden
  10. Peralatan bekam moden
  11. Persediaan perawat dan adab pembekaman
  12. Kelengkapan perawatan
  13. Sistem pengrekodan pesakit
  14. Anatomy kulit dan sistem kulit
  15. Doa dan adab ketika berbekam
  16. Praktikal bekam
  17. Kebersihan dan pelupusan sisa bekam
  18. Pemakaian perawat.




Marilah sama-sama kita memperkasakan perawatan berbekam, sunnah Nabi SAW.
















KURSUS BEKAM LANJUTAN SIRI 1.0 2015 




DISKUSI KITAB ARAB 110 POINT KESEMBUHAN & STANDARD BEKAM KLINIKAL.
(Bagi Pengamal Bekam sahaja)

Penceramah- Ustaz Sabri (Pengasas Pusat Bekam Dungun ) dan Dr Abd Halim Presiden Perhijam

Anjuran PUSAT BEKAM DUNGUN dengan kerjasama PERHIJAM

Tarikh 25.4.2015.Sabtu
    8.00 hingga 5.00 ptg
Tempat Dewan  Mayangsari Resort Dungun.(pengalaman Bali) Mengadap Pantai Dungun
Yuran RM380 (bukan Ahli Perhijam)
Ahli PERHIJAM , Alumni Pusat Bekam Dungun dan lepasan Alumni Jurubekam Klinikal HUSM  RM350.00
TERBUKA LELAKI DAN WANITA ( PERAWAT BEKAM SAHAJA )
Bank in RM 200.00 sebagai akujanji hadir.
Atas No akaun Maybank Berhad

Yuran termasuk

-Pembentangan ilmiah penyakit 
-Buku Arab/English 110 Point Kesembuhan. Rujukan kepada penyakit2 .Hanya utk pelajar sahaja.
-Makan 3 kali, makan tengahari
-Sijil iktiraf dan COP PERHIJAM
-Nota kursus
-HADIAH MISTERI ♡♡
-


Penginapan boleh diuruskan.

Hubungi 
Ust Sabri 0199236645 
Ustazah Amirah 0179086425
 


KURSUS BEKAM LANJUTAN

DISKUSI KITAB ARAB 110 POINT KESEMBUHAN & STANDARD BEKAM KLINIKAL.
(Bagi Pengamal Bekam sahaja)

Penceramah- Ustaz Sabri dan Dr Abd Halim Presiden Perhijam

Anjuran PUSAT BEKAM DUNGUN dengan kerjasama PERHIJAM
Tarikh 21.3.2015.Sabtu
8.00 hingga 5.00 ptg
Tempat Mayangsari Resort Dungun.(pengalaman Bali) Mengadap Pantai
Yuran RM380 (bukan Ahli Perhijam) Ahli PERHIJAM dan Alumni Pusat Bekam Dungun RM350.00
Bank in RM 200.00 sebagai akujanji hadir.

Yuran termasuk

-Buku Arab/English 110 Point Kesembuhan. Utk pelajar sahaja.
-Makan 3 kali
-Sijil iktiraf dan COP PERHIJAM
-Nota kursus
-HADIAH MISTERI ♡♡

Penginapan boleh diuruskan.

Hubungi Ust Sabri 0199236645 Ustazah amirah 0179086425
 —

Pusat Bekam Dungun masih dalam rangka membangunkan sistem merekod pelanggan secara dalam talian. Data ini boleh di update sendiri oleh pelanggan disamping mereka boleh melihat rekod rawatan yang terdahulu dengan mempunyai akaun dan password sendiri.

Program ini direka khas demi memajukan lagi industri perubatan Islam ini khususnya dalam perawatan bekam secara Islam.Kemajuan zaman seiring dengan kepesatan IT insya ALLAH membatu memantapkan perawatan sunnah.


Doakan kepada kami semoga program ini dapat dilaksanakan untuk kemudahan pelanggan baru dan yang lama di Pusat Bekam Dungun.

Sistem ini merangkumi

1- Data pelanggan
2-Rekod kesihatan
3-Rekod perawatan terdahulu dan sekarang
4-Temujanji terdahulu dan temujanji akan datang
5-Kemudahan print segala data melalaui online
6-Mengemaskini data secara online.



nantikan,,,,,