MISI KEDUA PUSAT BEKAM DUNGUN BERJAYA , TERIMA KASIH SEMUA PENDERMA YG BUDIMAN.



8 dan 9 Januari 2015 : Pusat Bekam Dungun telah berjaya membawa misi RM 18 K set dapur ke Kelantan. Terima kasih buat semua penderma semua yang menyumbang untuk menjayakan misi yang mulia ini. Saya Ust Sabri Yamin , isteri saya Ustazah Amirah Muda ,semua petugas kontijen Yayasan Amal Malaysia Dungun diketuai oleh Pok Zuber Salim dan Unit Amal Dungun dan Team Memboreng Air berjaya menyempurnakan tugasan kami dengan jayanya. Insha Allah kami pusat bekam dungun akan meneruskan lagi misi2 bantuan kemanusia banjir terdekat ini..

Berikut adalah beberapa kenyataan dari Yayasan Amal Malaysia Terengganu dan Dungun dan catatan peribadi ustaz Sabri sepanjang misi ini.


Kenyataan Yayasan Amal Malaysia , Cawangan Terengganu

OPERASI HELP KELANTAN 2.0 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) akan sekali lagi ke Kelantan hujung minggu ini (8 - 9 Januari 2015) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa #banjirkelantan

Kali ini YAMCT akan memfokuskan kepada 3 aktiviti utama dan sangat mendesak:

1. Program Boreng Air (Tube well) kepada 5 lokaliti strategik sekitar Kuala Krai, Kusial dan Gual Ipoh. Tenaga tambahan amat diperlukan bagi membantu melicinkan gerak kerja pemasangan Boreng Air ini. Pengarah Boreng Air ini adalah Hj Zuber Salim bersama dengan Team Pakar Boreng Air Paka, Dungun.

2. Penyerahan set lengkap dapur gas yang bernilai RM150/set. Setakat ini YAMCT dan Pusat Bekam Dungun melalui sumbangan orang ramai telah berjaya mendapatkan 120 set lengkap dapur gas berkenaan. Kami mengamalkan konsep door-to-door kerana tidak mahu menyusahkan wakil tempatan yang juga turut mengalami musibah banjir. Justeru tenaga relawan amat didambakan bagi melicinkan proses penghantaran door-to-door tersebut.

3. Program Dapur Rakyat yang sebelum ini telah dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia akan juga diteruskan di Kampung Kuala Nal. Team masakan yang akan diketuai oleh Cg Mohd Nawi dan bantuan dari Ameerah akan dikerahkan ke sana. YAMCT menganggarkan 500 mangsa banjir akan tersantun dengan penyediaan Dapur Rakyat ini.

Kami mempelawa para sukarelawan untuk turut meluangkan masa bersama dalam Operasi Help Kelantan 2.0 ini.

Sesiapa yang berminat menyertai atau turut menghulurkan bantuan sila hubungi Sdr Wan Mohd Ikhwan, Penyelaras Operasi Bantuan Banjir YAMCT di talian
011-10693390 atau email ikhwan@yamct.org.my.

"Amal kerana Allah"

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
0199563653
suhazeli@yamct.org.my
No Akaun Maybank Islamik: Amal Terengganu Dana Bencana bernombor 563064131947
6hb Januari 2015
#Pray4Malaysia #PrayForPantaiTimur #pray4kelantan #pray4terengganu#pray4pahang #banjirkelantan #Banjir2014

~~SHARE~~


Kenyataan Yayasan Amal Malaysia , Cawangan Terengganu, Kontijen Dungun

YAYASAN AMAL DUNGUN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA :-
YAM TERENGGANU
YAM DUNGUN,
SUKARELAWAN YAM,
PUSAT BEKAM DUNGUN,
GENG BANTING
GENG PADAT,
JAB. AMAL KG SURA,
POK PIN & VAN N. 28,
PONDOK SG.DURIAN,
ORANG PERSORANGAN,
DERMAWAN & LAIN-LAIN
DALAM MENJAYAKAN MISI AMAL BANJIR KELANTAN 2.0 KE JAJAHAN KUALA KRAI, SEMOGA USAHA, SUMBANGAN & PENGORBANAN KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHOAN ALLAH...
Zuber Salim
PENGARAH MISI 2.0

Catatan Ringkas Ustaz Sabri

hari pertama misi

Catatan ringkas bantuan ke Kuala Krai
Khamis
8.00 am. Bertolak dari Dungun melalui LPT
11.30 am. Berkumpul di Besut. Masjid at Taqwa. 50 set dapur di agihkan oleh YAM Negeri dan baki 70 set kami sendiri yg bawa ke Kuala Krai
1.00 pm. Solat zohor jamak , makan tengahhari yg di sponsor oleh Hj Sulaiman dan bertolak ke Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Sepanjang perjalanan hujan lebat.
3.00 pm. Sampai di Kuala Nal, air dah mulai melimpah naik. Hanya yg 4W sahaja yg boleh lalu. Rombongan muslimat terkandas dlm van, sebab van rendah.
3.00 pm. Mula mengagihkan bantuan. Diberi masa hanya 1 jam utk sampaikan. Bimbang air semakin naik.
4.30 pm . Kami keluar dari Kg Kuala Nal. Elakkan air terus naik. Menuju ke pondok sungai durian. Penginapan kami. Barang2 masih byk, drebar lori buat hal,,x nak ikut kami sehingga esokan. Kena turunkan semua barang di pondok.
7.00 pm . Makan malam dan kami rehat utk sambung baki bantuan esok ke kg ghuchil pulak.
Saya xlarat utk bantu gang2 memboreng. Tidor awal utk sambung agih bantuan keesokan hari

Jumaat

((Bersambung ))
































0 comments:

Post a Comment